Friday November 10, 2017
11:41 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Sejumlah novel daripada 430 koleksi Azilawati Awang yang ingin dijual bagi menampung rawatan empat penyakitnya. — Foto ihsan Facebook/Azilawati Awang Sejumlah novel daripada 430 koleksi Azilawati Awang yang ingin dijual bagi menampung rawatan empat penyakitnya. — Foto ihsan Facebook/Azilawati Awang PERMAISURI (Setiu), 10 Nov — Seorang wanita terpaksa menjual koleksi novelnya demi menampung rawatan penyakit yang dihadapinya di hospital.

Azilawati Awang, yang memiliki 430 naskhah novel, menghidapi kencing manis, darah tinggi, kolestrol tinggi dan gangguan bipolar.

Wanita 29 tahun itu, yang pernah bekerja sebagai pembantu kedai, berkata beliau menghidap penyakit itu sewaktu remaja lagi, lapor Harian Metro.

“Saya sanggup jual koleksi novel kesayangan ini kerana tidak mahu membebankan suami untuk menampung kos rawatan bulanan ke hospital,” katanya.

“Pada Julai lalu, saya dimasukkan ke wad empat kali kerana menghadapi tekanan selepas kematian ibu awal tahun lalu dan bapa pada 2012.”

Azilawati mengakui kekangan kewangan dan masalah kesihatan mendesaknya menjual novel, yang dibeli ratusan ringgit setiap bulan sejak 2010. 

Menceritakan urusan penjualan atas talian sejak setahun lalu, suri rumah itu berkata ia mendapat sambutan menggalakkan peminat novel.

“Bagaimanapun saya tidak menjual koleksi terhad yang mempunyai tandatangan novelis kerana mempunyai nilai sentimental tersendiri,” katanya.

Novel yang dijual berharga RM30 hingga RM80 bergantung kepada jenis dan ketebalan. Suaminya, yang bergaji RM900 sebulan, turut menyokong hasratnya.

Menurut coretan Azilawati di Facebook awal minggu ini, peminat novel yang berminat membeli boleh mengirim mesej WhatsApp ke nombor 017 929 60 56.  

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline