Monday June 19, 2017
2:43 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Tabung Haji menyatakan umat Islam yang baru mendaftar tahun ini perlu menunggu 102 tahun untuk sampai giliran ke Mekah. — Foto ReutersTabung Haji menyatakan umat Islam yang baru mendaftar tahun ini perlu menunggu 102 tahun untuk sampai giliran ke Mekah. — Foto ReutersPAPAR, 19 Jun — Seorang pencarum terpaksa menunggu umurnya 164 untuk menunaikan haji akibat terpedaya dengan hasutan pembangkang.

Pendedahan itu dibuat Pengerusi Tabung Haji merujuk kes seorang penyimpan berusia 62 tahun yang mengeluarkan simpanan menjelang gilirannya tiba.

Datuk Seri Abdul Azeez Rahim berkata penyimpan itu terpedaya dengan dakyah kononnya Tabung Haji muflis, lapor Berita Harian.

"Bila sedar dakyah itu tak betul dia simpan semula duit dalam Tabung Haji tetapi giliran asal untuk menunaikan haji tak dapat balik, kena tunggu hingga umur 164 tahun," katanya.

Abdul Azeez berkata umat Islam yang baru mendaftar tahun ini perlu menunggu 102 tahun untuk sampai giliran ke Mekah.

Katanya, kerajaan berjaya mendapatkan kuota haji tambahan bagi mengurangkan tempoh menunggu.

Kuota haji tahun ini bertambah kepada lebih 30,000 berbanding hanya 22,000 pada tahun lalu.

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline