Friday May 19, 2017
5:10 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Seorang kerabat diraja Johor terbunuh selepas kereta yang dipandu anaknya terbabas dan melanggar baru pembahagi jalan. — Foto ihsan Facebook/Sini LakenSeorang kerabat diraja Johor terbunuh selepas kereta yang dipandu anaknya terbabas dan melanggar baru pembahagi jalan. — Foto ihsan Facebook/Sini LakenJOHOR BAHRU, 19 Mei — Dua pupu Sultan Johor terbunuh selepas kereta yang dipandu anak perempuannya terbabas.

Tunku Amal Jakiah Tunku Mohd Archibald, 58, meninggal dunia di tempat kejadian, lapor Berita Harian.

Ketua polis Johor berkata anak perempuannya dikatakan cuba mengelak kenderaan lain sebelum terbabas dan melanggar batu pembahagi jalan.

"Penumpang cedera parah di badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu berusia 22 tahun dibawa untuk rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA)," katanya.

Kejadian jam 9.45 pagi berlaku di susur keluar ke Jalan Lingkaran Dalam Danga City Mall menghala ke Skudai/Pantai Lido.

Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline