Sunday February 11, 2018
11:18 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Penduduk Kampung Rumah Panjang Amin di Sungai Kelawit, Bintulu membawa pulang ular gergasi untuk dijadikan lauk.  ― Foto ihsan Facebook/DTTBPenduduk Kampung Rumah Panjang Amin di Sungai Kelawit, Bintulu membawa pulang ular gergasi untuk dijadikan lauk. ― Foto ihsan Facebook/DTTBBINTULU, 11 Feb ― Seorang lelaki terkejut apabila menemui ular sawa gergasi seberat hampir 200 kilogram sedang mengawan di kawasan hutan Sungai Kelawit di sini.

Tinsung Unjang, 60, pemburu keturunan Iban, menemui reptilia itu selepas terdengar bunyi bising daripada sebatang kayu balak di hutan tersebut, lapor Kosmo!.

Beliau kemudian menembak kedua-dua ular itu hingga mati bagi memastikan keselamatan dirinya dalam kejadian 4.45 petang kelmarin.

“Ular itu hanya dapat dikeluarkan daripada celah kayu balak terbabit dengan bantuan orang kampung yang memotongnya menggunakan gergaji rantai,” katanya.

Tinsung berkata, reptilia tersebut kemudian dibawa keluar dari hutan dan dijadikan lauk oleh kira-kira 70 penduduk kampung Rumah Panjang Amin, di Sungai Kelawit.

Haiwan eksotik seperti ular dimakan sesetengah masyarakat di Sarawak. Dagingnya dijual RM25 sekilogram di pasar, di sana.

Iklan

Iklan

MMO Instagram