Sunday November 5, 2017
11:48 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Seorang wanita Thailand yang ditahan polis kerana membuang bayi dirawat di Hospital Gerik. ― Paparan skrin GoogleSeorang wanita Thailand yang ditahan polis kerana membuang bayi dirawat di Hospital Gerik. ― Paparan skrin GoogleGERIK, 5 Nov ― Seorang wanita ditahan polis susulan penemuan seorang bayi lelaki baru lahir dalam belukar di sebuah resort di sini.

Bayi yang masih bertali pusat ditemui di celah pokok dalam belukar sekitar resort itu dengan kesan luka di badan, paha dan calar, lapor Harian Metro.

Ketua polis daerah Gerik berkata wanita Thailand, 24, ditahan jam 1.30 petang Rabu lalu, beberapa jam selepas bayi yang masih hidup itu ditemui sebelum suspek direman dua minggu.

Supt Ismail Mat Isa berkata suspek kini dirawat di Hospital Gerik, dan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.

Bayi ditemui kakitangan Majlis Agama Islam Perak Hafizi Ahmad Tanjuzi yang menginap di resort tersebut selepas mendengar tangisan.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline