Sunday November 1, 2015
1:19 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

KUALA LUMPUR, 1 Nov — Kegembiraan jelas terpancar di wajah Soo Wincci apabila melihat Dewan Pleno, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur padat malam tadi.

Walaupun pada mulanya berdepan masalah penaja menarik diri dan jualan tiket yang tidak memberangsangkan, konsert “Simply Inwinccible” tetap berjaya.

Penyokongnya, termasuk Naib Pengerusi DAP Teresa Kok, yang menyeru konsert ini dihadiri pengikutnya, juga hadir bersama ahli parlimen parti itu Ong Kian Ming.

“Wincci lega dan hendak tidur sekarang.” Itulah ungkapan ratu cantik Malaysia 1998 kepada ProjekMMO selepas berjaya mengadakan konsert sulungnya.

Soo Wincci bertemu peminatnya di bawah pentas dalam konsert sulungnya 'Simply Inwinccible'. — Foto Choo Choy May Soo Wincci bertemu peminatnya di bawah pentas dalam konsert sulungnya 'Simply Inwinccible'. — Foto Choo Choy May Lebih dua jam menghiburkan peminatnya yang datang dari dalam dan luar negara, Wincci, 30, tampil bertenaga menyampaikan lebih 20 buah lagu Mandarin diselitkan lagu berbahasa Inggeris dan Melayu.

Lagu bukan Mandarin yang dibawakan anak kelahiran Selangor ini antaranya “Can't Get Out of My Head” dendangan Kylie Minogue, “Bukan Cinta Biasa” nyanyian Datuk Siti Nurhaliza, “Four Minutes” nyanyian Madonna dan Justin Timberlake.

Dibahagikan kepada lima segmen, vokal penyanyi lagu “Usah” ini teruji dengan mendendangkan pelbagai genre lagu, namun persembahan tarian bertalinya paling memukau.

Bersama beberapa penari lain berbelit-belit di kain yang tergantung, Soo menampilkan jenis tarian yang jarang dipersembahkan penyanyi lain di negara ini.

Hasil latihan dan kerja keras, persembahan tarian bertali pelakon “Injustice Stranger” ini tampak sempurna walaupun klip mikrofon terjatuh di penghujung segmen.

Persembahan malam tadi juga memberi ruang kepada Soo menampilkan artis yang bernaung di bawah syarikatnya Beyond Artistes seperti Winson Voon, Gary Yap dan Mad August untuk berkongsi pentas bersama artis antarabangsa itu.

“Sangat puas hati sebab apa yang Wincci nak persembahkan memang tiba pada masanya. Saya sangat terharu sebab hari ini satu Malaysia merayakan di sini sebab ini konsert pertama Wincci.

“Saya mahu ucap terima kasih kepada Datuk Siti Nurhaliza sebarkan Instagram saya, Fafau (Farah Fauzana), walaupun tidak dapat hadir, mereka beri ucapan pada saya,” katanya lagi.

Ditemui di situ, Kok berkata beliau juga gembira dengan kejayaan persembahan tersebut.

Dua ahli parlimen DAP, Teresa Kok (kiri) dan Ong Kian Ming, turut menikmati persembahan Soo Wincci. Kok sejak awal menyokong 'Simply Inwinccible' apabila mengetahui ia tiada penaja.  — Foto Choo Choy MayDua ahli parlimen DAP, Teresa Kok (kiri) dan Ong Kian Ming, turut menikmati persembahan Soo Wincci. Kok sejak awal menyokong 'Simply Inwinccible' apabila mengetahui ia tiada penaja. — Foto Choo Choy MayBeliau sebelum ini menyeru penyokongnya di Facebook agar beramai-ramai hadir ke konsert Soo selepas ProjekMMO melaporkan artis yang mula menempa nama di Taiwan ini terpaksa mengeluarkan RM500,000 bagi merealisasikan persembahan itu.

“Kami terhibur dan gembira melihat banyak peminat datang walaupun hujan lebat dan kesesakan lalu lintas di kawasan tertentu, mereka masih datang.

“Kita mahu sokong artis tempatan yang berani berpegang teguh di saat [isu] kritikal negara. Saya rasa seruannya itu suara hati ramai yang datang,” kata ahli parlimen Seputeh, mengulas video Soo mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berundur.

Ong, ahli parlimen Serdang, pula berkata konsert Wincci malam tadi menunjukkan satu persembahan bertaraf dunia walaupun ia pernah mendapat tekanan, susulan kritikannya terhadap Najib.

Selebriti lain yang hadir termasuklah pelakon Iqram Dinzly dan model terkenal Amber Chia.

Iqram berkata ini pengalaman pertamanya hadir ke konsert Mandarin dan apa yang diceritakan Soo kepadanya sudah menjadi kenyataan.

Lagunya “This is The Time” — yang pernah digunakan oleh penyokong Bersih 4 untuk mempromosikan perhimpunan besar itu, hujung Ogos lalu — dijadikan penutup konsert malam tadi.

Kritikan Soo, melalui klip video, terhadap Najib dibuat sebagai penyokong perhimpunan tersebut, yang antara lain mendesak pengunduran perdana menteri sewaktu memuncak kontroversi derma RM2.6 bilion dan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ditanya ProjekMMO signifikan lagu itu disusun paling akhir, gadis tidak lokek dengan senyuman ini berkata: “Ini satu masa yang baru untuk Wincci pergi ke pasaran yang lebih besar.

“Ini single pertama saya ke pasaran Amerika Syarikat. Saya mungkin akan berada di sana nanti.”Sambutan meriah buat konsert sulung Soo Wincci di KLCC malam tadi walaupun tiada penaja dan jualan tiket, pada awalnya, kurang memberangsangkan. — Foto Choo Choy May Sambutan meriah buat konsert sulung Soo Wincci di KLCC malam tadi walaupun tiada penaja dan jualan tiket, pada awalnya, kurang memberangsangkan. — Foto Choo Choy May

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline