Sunday January 14, 2018
8:59 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Unit Pemusnah Bom dan Unit Anjing Pengesan menemui bom tangan yang ditanam di tepi longkang belakang tangga sebuah kondominium, 13 Januari 2018. ― Foto ihsan Facebook/Ada AjeUnit Pemusnah Bom dan Unit Anjing Pengesan menemui bom tangan yang ditanam di tepi longkang belakang tangga sebuah kondominium, 13 Januari 2018. ― Foto ihsan Facebook/Ada AjeKUALA LUMPUR, 14 Jan ― Penahanan seorang lelaki yang disyaki penagih dadah di hadapan sebuah pusat hiburan di sini pagi semalam membawa kepada penemuan objek menyerupai bom tangan yang ditanam suspek itu di sebuah blok kondominium di Jalan Kuchai Maju.

Ketua polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata suspek yang berusia 40 tahun ditahan pada 9.30 pagi selepas ditemui dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil soal siasat terhadap suspek mengenai aktiviti dadah mendedahkan suspek turut mempunyai bom tangan yang disorok dengan cara ditanam di tepi longkang belakang tangga kondominium tersebut.

“Suspek mendakwa bom itu diperolehi daripada sahabatnya dari Thailand sejak dua tahun lepas. Pada ketika itu suspek pernah menginap di kondominium itu dan kini telah berpindah ke Bandar Puteri Kinrara, Puchong,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mazlan berkata pasukan polis termasuk Unit Pemusnah Bom dan Unit Anjing Pengesan (K9) telah ke lokasi kejadian dan menjalankan evakuasi terhadap penghuni blok kondominium itu untuk langkah keselamatan.

Katanya siasatan awal mendapati tiada unsur keganasan dalam kejadian tersebut dan suspek hanya menyorokkan objek itu yang telah dijumpai semula di kawasan berkenaan, kerana khuatir ditangkap pihak berkuasa.

“Suspek juga tidak mempunyai rekod jenayah. Pihak polis meminta kerjasama orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan penyebaran maklumat di laman sosial tanpa sumber yang sahih dan tepat daripada polis,” katanya. ― Bernama

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline