Friday August 4, 2017
1:18 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Haliza berkata pelakon baharu lebih mengutamakan bilangan pengikut di media sosial berbanding kualiti lakonan. — Foto oleh Yusof Mat IsaHaliza berkata pelakon baharu lebih mengutamakan bilangan pengikut di media sosial berbanding kualiti lakonan. — Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 4 Ogos ― Pelakon Haliza Misbun menggesa pendatang baharu dunia seni melengkapkan diri dengan ilmu lakonan.

Haliza, 44, berkata Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) antara institusi yang mampu menggilap bakat pelakon baharu.

"Ambil masa paling kurang tiga tahun (diploma) di Aswara kutip ilmu.

“Insya Allah anda akan berjaya sebagai seorang pelakon dihormati suatu hari nanti.

"Satu perkara yang saya sering tekankan kepada pelakon baharu selain perlu berilmu, diri harus jujur.

“Betulkan niat untuk memberi sesuatu mesej kepada masyarakat dengan penghayatan yang mendalam,” katanya seperti dilaporkan mStar Online.

Pelakon drama “Cinderella” berkata kebanyakan pelakon baharu kini lebih mengutamakan bilangan pengikut di media sosial berbanding kualiti lakonan masing-masing.

Katanya, disebabkan itu lakonan yang diberikan gagal menarik emosi penonton kerana kurang penghayatan.

“Saya merayu kepada semua pelakon baharu, tolonglah timba ilmu lakonan.

“Sebab saya sendiri sudah penat hendak berdepan dengan pelakon yang tak bersedia di set.

"Jangan hanya bersandarkan kepada populariti dan jumlah pengikut yang ramai di media-media sedangkan ilmu lakonan kosong," dia dilaporkan berkata.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline