Last updated Friday, March 31, 2017 12:08 am GMT+8

Tuesday March 21, 2017
10:00 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Antara koleksi patung Hijabies yang dihasilkan oleh Siti Sumarni Suhaimi. — Foto-foto oleh Yusof Mat IsaAntara koleksi patung Hijabies yang dihasilkan oleh Siti Sumarni Suhaimi. — Foto-foto oleh Yusof Mat IsaRAWANG, 21 Mac — Meminati patung Barbie sejak kecil, seorang suri rumah mencipta kelainan dengan menggayakan fesyen muslimah terhadap anak patung berasal dari barat itu.

Bagi pengasas patung Hijabie, Siti Sumarni Suhaimi, 32, permainan kegemaran kanak-kanak seluruh dunia itu tidak semestinya berpakaian moden dan seksi untuk menarik minat mereka.

“Waktu saya kecil saya mempunyai patung Barbie dan saya cakap dengan emak hendak pakaikannya baju kurung. Apa salahnya, kita buat fesyen lain daripada Barat.

“Sekarang, saya terfikirkan untuk sediakan fesyen [muslimah] untuk mereka. Kalau kanak-kanak lihat di kedai hanyalah Barbie dengan pakaian yang seksi, tetapi kini ada fesyen kurung yang menggambarkan budaya kita.

“Kita luaskan fesyen patung ini dengan kepelbagaian hijab,” kata ibu anak dua dalam satu wawancara bersama ProjekMMO.

Hampir dua tahun beroperasi atas talian, Myhijabie melalui Instagram menjual set patung yang mengenakan fesyen muslimah seperti jubah dan kurung, sementara patung lelaki pula segak berbaju melayu.

Tambah Siti, menjadi satu tanggungjawab seorang usahawan sepertinya untuk secara tidak langsung mendidik kanak-kanak mengenakan imej sopan dan menutup aurat melalui anak patung.

Siti Sumarni Suhaimi menunjukkan cara-cara menjahit pakaian dan aksesori patung Hijabies.Siti Sumarni Suhaimi menunjukkan cara-cara menjahit pakaian dan aksesori patung Hijabies.“Kanak-kanak memang seronok lihat patung Barbie dan bila kita tukarkan patung ini dengan fesyen berhijab mereka boleh kaitkan dengan budaya kita.

“Saya ada pelanggan wanita Singapura hadiahkan pada anaknya. Anaknya sangat gembira dapat hadiah patung Barbie ibu dan anak. Ia ibarat dirinya dan ibunya,” katanya.

Koleksi eksklusif ini menjadi tumpuan pelanggan untuk dijadikan hadiah hari jadi, hiasan berkaitan perkahwinan mahu pun pengumpul tegar patung Barbie.

Terjual lebih 50 buah patung setiap bulan, ia turut mendapat sambutan di luar negara malah turut diminati pembeli bukan Islam.

“Alhamdulillah, patung ini telah terjual di Brunei, Switzerland dan Turki. Saya ambil masa hanya sehari untuk jahit lima baju patung.

“Saya turut berbangga kerana ada pelanggan bukan muslim berminat membeli patung ini untuk hadiahkan pada kawannya yang berhijab,” katanya.

Mewarisi bakat menjahit dari ibunya, Siti berkata ia juga salah satu tanggungjawab sosial baginya mempromosikan nilai-nilai kesopanan.

“Bagi saya, nilai kesopanan setiap orang berbeza. Lain orang lain caranya.

“Sebagai muslim, kita pakai baju kurung dan berhijab. Ia merupakan satu tanggungjawab,” kata pemegang Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Dijual dengan harga RM80, busana patung Myhijabie boleh dibuat mengikut kehendak pelanggan sama ada material mahupun warna.

“Saya buat tempahan ikut kehendak pelanggan. Selalunya saya akan tanya warna apa mereka mahukan dan saya akan cadangkan kain yang bersesuaian,” katanya.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline