Friday July 14, 2017
6:11 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menyeru PAS menjalin kerjasama dengan Umno bagi berdepan pembangkang dalam RU14. — Foto oleh Saw Siow FengDatuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menyeru PAS menjalin kerjasama dengan Umno bagi berdepan pembangkang dalam RU14. — Foto oleh Saw Siow FengKOTA BARU, 14 Julai — PAS mesti berpasangan dengan Umno untuk kemenangan pilihan raya selepas bercerai daripada Pakatan Rakyat, gesa pemimpin Umno.

Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata PAS dan Umno berkongsi matlamat memartabatkan Islam dan juga kepentingan Melayu, lapor Berita Harian.

“PAS mengambil langkah bijak ‘bercerai’ dengan pakatan pembangkang,” katanya, seorang anggota Majlis Tertinggi Umno.

“Bila sudah bercerai, carilah pasangan baharu dan cepat jalinkan kerjasama dengan Umno untuk pilihan raya umum ke-14.”

Walau belum bergabung dengan rasmi, PAS sering dituduh menjalinkan kerjasama dengan Umno khususnya dalam usaha meminda Akta 355 (RUU 355).

Tajuddin berkata jika kedua-dua parti itu bersatu, khususnya untuk menewaskan pembangkang dalam PRU14, “tiada pihak boleh menggugat orang Melayu.”

“Buat apa kita ‘bertumbuk’ sesama sendiri jika membawa matlamat sama,” katanya.

Persefahaman dua parti itu mula kelihatan, tambahnya lagi, seperti dilaporkan.

“Kita mahu bagi kesempatan PAS melakukan ‘gencatan senjata’. Kalau kita boleh selesaikan (ketidaksefahaman), kita akan teruskan perdamaian,” katanya. 

Timbalan menteri itu membuat seruan itu ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Pengkalan Chepa di sini hari ini.  

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline