Last updated Saturday, December 10, 2016 9:01 am GMT+8

Thursday December 1, 2016
4:46 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Pengarah Syamsul Yusof mengalami sindrom pembawaan budak daripada Puteri Sarah yang kini hamil lima bulan. ― Foto ihsan Instagram/puterisarahliyanaPengarah Syamsul Yusof mengalami sindrom pembawaan budak daripada Puteri Sarah yang kini hamil lima bulan. ― Foto ihsan Instagram/puterisarahliyanaKUALA LUMPUR, 1 Dis ― Pelakon dan pengarah Syamsul Yusof kerap pening-pening dan muntah-muntah tempias pembawaan budak, kata isterinya.

Puteri Sarah yang hamil lima bulan berkata suaminya juga bersikap sangat melindungi selepas mengalami keguguran sebelumnya.

“Saya tidak banyak mengalami alahan. Tiga bulan pertama, saya mengalami muntah-muntah tetapi tidak kerap. Itu pun tidaklah sekerap mana, hanya seminggu sekali,

“Syamsul pula yang lebih-lebih alahannya. Dia kerap pening-pening dan muntah-muntah,” kata pelakon filem Usin UFO seperti dilapor Kosmo!.

Pemilik nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat, 30, berkata beliau kini tidak mengambil sebarang tawaran berlakon.

“Sebelum disahkan hamil, saya ada menerima tawaran mengacara, namun sehari selepas disahkan hamil, saya diberitahu bahawa program tersebut memerlukan pengacara wanita yang mampu melakukan aktiviti ekstrem.

“Saya terpaksa menarik diri sebagai langkah berwaspada,” jelas pemilik butik pakaian muslimah Shara di Bangsar, di sini.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline