Last updated Tuesday, December 06, 2016 11:50 pm GMT+8

Tuesday November 29, 2016
11:44 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Sarah belum membuat persiapan untuk bayi sulungnya kerana merancang untuk membeli belah di London ketika bercuti Disember ini. — Foto oleh Choo Choy MaySarah belum membuat persiapan untuk bayi sulungnya kerana merancang untuk membeli belah di London ketika bercuti Disember ini. — Foto oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR, 29 Nov — Isteri pengarah filem “Munafik” Puteri Sarah berkata persiapan membeli barangan bayi akan dibuat semasa percutian mereka sekeluarga ke luar negara bulan depan.

Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata barangan bayi akan dibeli di kota Paris dan London kerana menantikan jualan murah penghujung tahun.

“Setakat ini saya belum beli apa-apa lagi kerana bulan depan kami merancang untuk bercuti sekeluarga ke London dan Paris.

“Jadi lebih baik saya beli sekali keperluan bayi di sana sahaja kerana biasanya pada akhir tahun banyak jualan murah,” katanya seperti dilaporkan mStar Online.

Bercerita pengalaman hamil lima bulan, Sarah berkata masakan pedas menjadi kegemarannya pada masa ini.

Katanya, situasi itu menghairankan kerana masakan pedas biasanya digemari suami, Syamsul Yusof.

“Saya yakin bayi ini akan ikut perangai ayahnya kerana suka makanan pedas,” beliau dilaporkan berkata.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline