Tuesday June 20, 2017
3:00 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Seorang lelaki yang lolos dari lokap ibu pejabat polis daerah Klang Utara berjaya ditahan semula. — Paparan skrin GoogleSeorang lelaki yang lolos dari lokap ibu pejabat polis daerah Klang Utara berjaya ditahan semula. — Paparan skrin GoogleKLANG, 20 Jun — Seorang lelaki yang lolos dari lokap selama 16 jam sempat menyamun dan cuba merogol seorang wanita sepanjang tempoh itu.

Pendatang tanpa izin dari Indonesia itu, terkenal kerana bebola besi pada zakarnya, berkeliaran di sebuah kampung kira-kira 20km dari lokap polis Klang Utara.

Lelaki 27 tahun itu bolos melalui jeriji tandas di lokap tersebut kira-kira pukul 3 petang semalam tetapi berjaya ditahan di Kampung Baru Hicom, Shah Alam jam 7 pagi tadi.

Ketua polis daerah Klang Utara berkata sebelum ditangkap semula, suspek sempat menukar pakaian dan memotong gari di sebelah tangannya, lapor New Straits Times.

ACP Mohd Yusoff Mamat berkata suspek dibantu seorang lelaki yang menghantarnya ke Kampung Baru Hicom, Seksyen 26, Shah Alam dengan upah RM60.

“Suspek berani menyamun dan cuba merogol mangsa. Kita sedang siasat kes itu juga. Suspek akan segera dibawa ke mahkamah,” katanya.

Lelaki itu ditahan pada 13 Jun lalu berhubung kes rogol seorang suri rumah berusia 34 tahun di Kampung Rantau Panjang, Klang seminggu sebelumnya.

Suspek bersama dua rakannya juga disiasat berikutan aduan kes samun, rogol dan cabul di satu lagi kawasan pada 27 Mei.

Mereka selalunya menyamun dengan merogol dan mencabul antara 3 hingga 5 pagi.

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline