Sunday June 11, 2017
1:22 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

PAS menafikan dakwaan mengarahkan ahlinya menukar kawasan mengundi ke Shah Alam untuk merampas kerusi itu dari Parti Amanah Negara. — Foto oleh Saw Siow FengPAS menafikan dakwaan mengarahkan ahlinya menukar kawasan mengundi ke Shah Alam untuk merampas kerusi itu dari Parti Amanah Negara. — Foto oleh Saw Siow FengSHAH ALAM, 11 Jun — PAS tidak pernah mengarahkan ahlinya menukar kawasan mengundi ke parlimen Shah Alam untuk merampas kerusi itu pada pilihan raya umum.

"Dari segi parti tidak ada arahan. Kita juga tidak mengisytiharkan lagi kerusi yang PAS tandingi," kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man seperti dilapor Sinar Harian.

Timbalan presiden PAS mengulas penyebaran surat arahan "muhajir" yang didakwa meminta ahli PAS dari luar supaya menukar tempat mengundi ke Shah Alam.

Ia bertujuan untuk melebarkan kemenangan PAS di Shah Alam demi memastikan sasaran parti menang sekurang-kurangnya 40 kerusi.

Sementara itu, penyandang sejak 2008 Khalid Samad tidak menolak kemungkinan arahan itu, seperti yang didakwa, satu cara untuk meraih kemenangan di kawasan yang diwakilinya.

Katanya tindakan tersebut adalah hak PAS dan menganggap ia tidak menyalahi undang-undang.

"Itu adalah hak PAS, itu mungkin cara mereka nak menang. Tapi penerima surat itu tidak semuanya menyokong PAS.

"Jika semua menyokong, kenapa surat ini boleh terdedah di Whatsapp atau media sosial," katanya yang sedia mempertahankan kerusi itu.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline