Tuesday October 3, 2017
7:58 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kini menjadi pemegang saham individu kedua terbesar Berjaya Assets Bhd dengan kepentingan 10.09 peratus. — Foto ihsan Facebook/Sultan Ibrahim Sultan IskandarSultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kini menjadi pemegang saham individu kedua terbesar Berjaya Assets Bhd dengan kepentingan 10.09 peratus. — Foto ihsan Facebook/Sultan Ibrahim Sultan IskandarKUALA LUMPUR, 3 Okt — Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kini menjadi pemegang saham individu kedua terbesar Berjaya Assets Bhd dengan kepentingan 10.09 peratus, selepas mengambil alih 80 juta saham untuk meningkatkan jumlah saham baginda dalam syarikat tersebut kepada 120 juta.

Berjaya Assets Group adalah pemilik terbesar Berjaya Times Square, antara pusat beli-belah runcit dan komersial terbesar di Malaysia yang menempatkan Taman Tema Berjaya Times Square, taman tema dalam bangunan terbesar di Malaysia.

Di Johor Bahru, kumpulan itu memiliki Berjaya Waterfront Hotel, kompleks beli-belah dan terminal feri serta unit pejabat di Menara MSC Cyberport.

“Saya gembira yang Sultan Ibrahim telah meningkatkan kepentingan baginda dalam Berjaya Assets. Ini menunjukkan pandangan positif baginda terhadap masa depan Berjaya Assets.

“Kedudukan baginda sebagai pemegang saham utama kedua terbesar pasti akan memberi manfaat kepada Berjaya Assets dalam pengembangan perniagaannya,” kata pemegang saham terbesar Berjaya Assets, Tan Sri Vincent Tan dalam satu kenyataan semalam.

Melalui anak syarikat 100 peratus miliknya, Berjaya Assets Food Sdn Bhd, Berjaya Assets telah memperoleh perjanjian lesen dengan Greyhound Café Co Ltd untuk hak eksklusif bagi menubuh dan mengendali ‘Greyhound Café’ di Malaysia.

Restoran pertama Greyhound Café terletak di ANSA Kuala Lumpur dan restoran kedua telah dibuka di Mid Valley Megamall Kuala Lumpur baru-baru ini.

Berjaya Assets mencatat hasil belum diaudit RM356.36 juta pada tahun kewangan berakhir 30 Jun 2017. — Bernama

Iklan

Iklan

MMO Instagram