Thursday September 14, 2017
6:19 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar didekati seorang wanita ketika hadir program Kembara Mahkota Johor 2017. — Foto ihsan Facebook/Berita Utama TerkiniSultan Ibrahim Sultan Iskandar didekati seorang wanita ketika hadir program Kembara Mahkota Johor 2017. — Foto ihsan Facebook/Berita Utama TerkiniJOHOR BARU, 14 Sept — Sultan Johor menitahkan polis supaya "lebih bijaksana" dalam mengendalikan kes seorang wanita yang didakwa cuba memeluk dan mencium baginda.

Sultan Ibrahim Iskandar bertitah wanita itu tidak melakukan kesalahan jenayah apabila cuba bercakap sesuatu kepada baginda, lapor Utusan Online.

“Beliau cuba berkata sesuatu di telinga kiri saya, tetapi saya tidak dapat mendengar kerana keadaan persekitaran yang bising,” titah baginda.

Kejadian berlaku di hadapan sebuah restoran makanan segera ketika Sultan Ibrahim tiba di Taman Medan Putra, Ayer Hitam sempena program Kembara Mahkota Johor 2017.

 Wanita itu didakwa memeluk bahu dan cuba mencium pipi baginda sebelum ditahan polis.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline