Wednesday November 8, 2017
4:42 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Pelaksanaan Inisiatif Hijau pada Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 mengurangkan pelepasan 2,703 tan kabon dioksida. — Foto BernamaPelaksanaan Inisiatif Hijau pada Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 mengurangkan pelepasan 2,703 tan kabon dioksida. — Foto BernamaKUALA LUMPUR, 8 Nov — Pelaksanaan Inisiatif Hijau pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan Sukan Para Asean ke-9 (KL2017) mencapai sasaran apabila berjaya mengurangkan pelepasan gas rumah kaca dalam bentuk 2,703 tan karbon dioksida. 

Menteri belia dan sukan Khairy Jamaluddin berkata pencapaian itu turut mengurangkan penghantaran sisa ke tapak pelupusan sampah sebanyak 49 peratus, melebihi sasaran awal 30 peratus.

Selain itu, ia turut mengurangkan penggunaan tenaga 17 peratus iaitu melepasi 15 peratus di sepanjang kejohanan sukan itu.

"Inisiatif yang dilaksanakan buat julung kali ini merupakan sesuatu yang membanggakan dan pendekatan elemen hijau pada KL2017 perlu dicontohi dan diterapkan dalam penganjuran acara-acara besar dalam negara," katanya pada sidang media selepas merasmikan program Satu Media Satu Pokok di Bandar Sukan Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Beliau berharap pendekatan hijau itu dapat meningkatkan kesedaran umum untuk membudayakan pemeliharaan alam sekitar dan kepentingan pemulihan hutan bagi pemuliharaan biodiversiti.

Mengenai acara hari ini, Khairy berkata 235 anak pokok mewakili jumlah pingat emas dan perak yang dimenangi atlet Malaysia pada Sukan SEA 2017 ditanam di Bandar Sukan Kuala Lumpur.

Menurutnya, kira-kira 5,000 anak pokok lagi akan ditanam bermula Disember ini hingga Mac tahun depan di beberapa kawasan di bawah Pelan Induk Rangkaian Koridor Ekologi Central Forest Spine (CFS) antaranya di Hutan Hujan Tropika Living Collection Banun di Gerik, Perak. — Bernama

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline