Last updated Saturday, December 10, 2016 6:29 pm GMT+8

Wednesday October 19, 2016
1:42 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Menurut teori personaliti Sheldon, seseorang yang gempal lebih bertolak ansur, peramah dan mudah didampingi, kata ahli akademik UPM Dr Zainal Madon. — Foto AFP Menurut teori personaliti Sheldon, seseorang yang gempal lebih bertolak ansur, peramah dan mudah didampingi, kata ahli akademik UPM Dr Zainal Madon. — Foto AFP KUALA LUMPUR, 19 Okt — Mereka yang suka pasangan berisi atau gempal antara punca yang boleh menyumbang masalah obesiti di negara ini, kata seorang jurulatih kecergasan.

Mohamad Ashraf Hasim menceritakan kisah seorang pelatihnya yang mendakwa wanita itu kekal gemuk kerana suaminya tidak mahu beliau menguruskan badan.

“Dia obes teruk hingga terpaksa datang ke pusat kecergasan untuk menguruskan semula berat badannya," kata jurulatih Akademi Fantasia seperti dilaporkan Kosmo!

Sementara seorang ahli akademik Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Zainal Madon berkata seseorang yang suka memilih pasangan gemuk boleh dikaitkan dengan teori personaliti Sheldon.

“Teori tersebut menjelaskan hubung kait antara jenis tubuh badan dengan sifat manusia.

“Mengikut teori itu, ciri-ciri wanita bertubuh gempal dikatakan lebih bertolak ansur, peramah dan mudah didampingi,” katanya, yang bertugas di Fakulti Ekologi Manusia UPM.

Personaliti ini mempunyai lebih lemak di bahagian paha dan lengan. Bahagian pinggul mereka lebih lebar dan bahu pula kecil.

Menurut teori William Herbert Sheldon, personaliti ini dikatakan suka berjenaka, penyayang, tenang dan sukakan makanan.

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan mendapati kira-kira 9.9 juta rakyat Malaysia mengalami masalah berat badan, sejuta daripada mereka remaja dan kanak-kanak.

Kira-kira 5.6 juta penduduk berusia 18 tahun ke atas mempunyai berat badan berlebihan, sementara 3.3 juta warga dikategorikan sebagai obes.

Menurut laporan akhbar itu lagi, tahap kegemukan rakyat Malaysia terus meningkat dari tahun ke tahun.

Pada 1996, hanya 21.1 peratus dikategorikan gemuk tetapi meningkat mendadak kepada 43.1 peratus sedekad kemudian.

Pada 2011, kira-kira 44.5 peratus rakyat dimasukkan dalam kategori gemuk dan terus meningkat kepada 47.7 peratus tahun lepas.

Namun, jelas Mohamad Ashraf lagi, 80 peratus peserta latihan kecergasannya menjadi gemuk setelah berkahwin kerana tidak menjaga pemakanan, selain kurang bersenam.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline