Thursday November 17, 2016
8:48 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Suhakam menegaskan menjadi hak semua pihak terlibat dalam perhimpunan aman tetapi menggesa polis mengawal Baju Merah agar tertib membantah Bersih 5. — Foto ReutersSuhakam menegaskan menjadi hak semua pihak terlibat dalam perhimpunan aman tetapi menggesa polis mengawal Baju Merah agar tertib membantah Bersih 5. — Foto ReutersKUALA LUMPUR, 17 Nov — Polis mesti mengawal demonstrasi Baju Merah, yang membantah perhimpunan Bersih 5, agar tidak bertukar menjadi rusuhan atau ugutan, gesa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

“Oleh itu menjadi tugas polis untuk memastikan semua rakyat Malaysia boleh meluahkan pendirian dan pendapat dengan bertanggungjawab,” kata pengerusinya Tan Sri Razali Ismail.

“Suhakam menyokong usaha polis ke arah ini, khususnya bagi menunjukkan disiplin dan tindakan wajar dalam pelaksanaan undang-undang. Ia akan menjadi lambang kematangan berpolitik.”

Razali juga menegaskan memang hak gerakan itu, yang diketuai Datuk Seri Jamal Yunos, untuk menganjurkan perhimpunan seperti termaktub dalam Perkara 10 (1) Perlembagaan Malaysia.

Tambahnya, menjadi hak semua warganegara termasuk kakitangan kerajaan, pelajar universiti, ahli akademik dan guru terlibat dalam perhimpunan aman dan tanpa senjata.

“Adalah melanggar Perkara 10 (1) Perlembagaan Malaysia jika hak kebebasan berhimpun dengan aman disekat oleh peraturan kerajaan, universiti dan/atau jabatan,” kata Razali lagi.

Gerakan Baju Merah, yang muncul mulai tahun lepas sebagai membantah demonstrasi besar Bersih 4, dilaporkan sering mengganggu kempen badan pendesak pilihan raya bebas Bersih 2.0 sebelum ini.

Bersih 5 merancang berarak dari Jalan Bangsar menuju Dataran Merdeka mulai 10 pagi Sabtu ini, antaranya berhubung menuntut tindakan dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam kenyataan sama, Suhakam juga menyatakan pihaknya akan memantau dua perhimpunan besar itu — yang dijangka menjadi tumpuan penyokong parti dan pengamat politik.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini memberi amaran akan membuang kerja, atau memotong gaji, kakitangan kerajaan yang menyertai demonstrasi pada 19 November ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pula menyifatkan dua demonstrasi besar itu melanggar undang-undang.

Sementara sebuah universiti pula dilaporkan mengugut ingin mengambil tindakan tatatertib jika mahasiswanya terlibat berdemonstrasi.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline