Thursday November 9, 2017
9:19 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Hannah Yeoh semalam menolak usul tergempar dikemukakan Datuk Abdul Shukor Idrus (BN-Kuang) untuk membahaskan isu berkenaan. ― Foto oleh Yusof Mat IsaHannah Yeoh semalam menolak usul tergempar dikemukakan Datuk Abdul Shukor Idrus (BN-Kuang) untuk membahaskan isu berkenaan. ― Foto oleh Yusof Mat IsaSHAH ALAM, 9 Nov ― Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tidak seharusnya campur tangan dalam isu membabitkan kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa menghina etnik Bugis, kata Speaker Hannah Yeoh.

Beliau berkata ini kerana titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Jumaat lepas menjurus supaya perkara itu disiasat oleh pihak berkuasa.

“Titah Tuanku adalah untuk polis menjalankan siasatan. Itu di perenggan terakhir (kenyataan media berkenaan).  

“Tuanku tidak meminta Dewan untuk menyiasat. Tuanku bertitah supaya pihak berkuasa yang menyiasat perkara itu. Jadi mengapa dewan perlu masuk campur,” katanya pada sidang media selepas sidang DUN Selangor di sini, hari ni.

Beliau berkata demikian bagi mengulas memorandum yang disampaikan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini kepada Sultan Selangor bagi membantah tindakan DUN Selangor menolak usul membahaskan kenyataan Dr Mahathir itu. 

Pada sidang DUN semalam, Yeoh menolak usul tergempar yang dikemukakan Datuk Abdul Shukor Idrus (BN-Kuang) untuk membahaskan isu berkenaan.

Penyelaras Adun BN Selangor Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata memorandum itu sebagai sokongan terhadap titah baginda yang menzahirkan kemurkaan terhadap kenyataan itu. ― Bernama

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline