Last updated Saturday, January 21, 2017 6:30 pm GMT+8

Monday January 9, 2017
11:52 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Wincci, 31, berkata kejayaannya dalam akademik memberikan kelegaan selepas berjuang selama enam tahun mendapatkan apa yang dihajati. — Foto oleh Yusof Mat IsaWincci, 31, berkata kejayaannya dalam akademik memberikan kelegaan selepas berjuang selama enam tahun mendapatkan apa yang dihajati. — Foto oleh Yusof Mat IsaPETALING JAYA, 9 Jan — Keterujaan Soo Wincci untuk menggapai gelaran doktor falsafah (PhD) dilaporkan ProjekMMO minggu lalu namun ia tidak berakhir begitu saja.

Penyanyi Cinta Abadi berkata apa yang lebih mencuit hati ialah usahanya selama dua minggu memohon kepada Facebook untuk mengguna pakai gelaran doktor.    

“Saya sudah tambah gelaran itu dan Facebook luluskan. Masa saya mula-mula buat, Facebook tidak luluskan sebab mungkin ramai yang tipu.

“Saya fikir mereka membaca berita tentang saya dan kini sudah luluskan. Saya merayu beberapa kali. Dua minggu saya merayu. Tujuh kali sehari.

“Saya nak sangat gelaran ini sebab saya memang ada sijil. Tidak mengapa orang tidak panggil saya doktor tetapi saya mahu akaun saya ada gelaran itu,” katanya dalam satu wawancara baru-baru ini.

 

 

Show Time Dress by: @keithkeecouture #showtime #christmasEve

A photo posted by Dr. Soo Wincci 蘇盈之 博士 (@dr.soowincci) on

 

Ratu Cantik Malaysia 2008 pada Oktober lalu dianugerahkan ijazah kedoktoran dalam bidang pengurusan perniagaan oleh Universiti Terbuka Malaysia.

Dengan kejayaan itu, Wincci dinobatkan sebagai ratu cantik Malaysia pertama yang menerima PhD oleh Malaysia Book of Records.

Beliau memiliki ijazah muda undang-undang Universiti Reading, United Kingdom dan sarjana pengurusan perniagaan Universiti Sunshine Coast, Queensland, Australia.

Wincci, 31, berkata kejayaannya dalam akademik memberikan kelegaan selepas terpaksa berjuang selama enam tahun mendapatkan apa yang dihajati.

“Saya rasa semua benda boleh dicapai kalau kita mahu dan berusaha. Ia satu nilai tidak terhingga kerana kegembiraan itu tidak dapat digambarkan.

“Ia seperti satu kelahiran semula. Enam tahun saya berasa sangat letih dan hampir berputus asa tetapi semangat datang daripada orang sekeliling.

“Saya menangis semasa ucapan graduasi sebab saya merasakan perjalanan yang sunyi. Masa saya bermula orang bertanya ‘adakah saya sudah gila?’

“Mereka bertanya kenapa saya perlu lakukan semua ini?” soalnya.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline