Tuesday November 7, 2017
8:15 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Cadangan itu diharap dapat meningkatkan penguasaan bahasa kebangsaan dalam kalangan murid SJK, kata wakil rakyat BN. — Foto oleh KE OoiCadangan itu diharap dapat meningkatkan penguasaan bahasa kebangsaan dalam kalangan murid SJK, kata wakil rakyat BN. — Foto oleh KE OoiKUALA LUMPUR, 7 Nov — Kementerian Pendidikan perlu melatih guru khas untuk mengajar Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) agar pengajaran subjek itu lebih berkesan di kedua-dua sekolah berkenaan.

Datuk Khoo Soo Seang (BN-Tebrau) berkata kebanyakan guru Bahasa Melayu dilatih untuk mengajar di Sekolah Kebangsaan dan mungkin tidak sesuai untuk mengajar subjek tersebut di SJKC dan SJKT.

“Masalah pembelajaran dan pengajaran Bahasa Malaysia di SJKC dan SJKT ialah perbezaan ketara Bahasa Melayu dan bahasa ibunda pelajar, termasuklah struktur ayat dan perbezaan nahu bahasa yang besar.

“Selain itu kurangnya peluang penggunaan Bahasa Malaysia dalam kalangan murid, tetapi pada saya satu faktor penting ialah kita kekurangan guru yang boleh mengajar Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di SJKC dan SJKT,” katanya semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2018 peringkat dasar di Dewan Rakyat semalam.

Beliau berkata usaha itu diharap dapat meningkatkan penguasaan bahasa kebangsaan dalam kalangan murid di SJKC dan SJKT sejajar dengan hasrat kerajaan.

Persidangan dewan bersambung hari ini. — Bernama

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline