Friday October 13, 2017
11:20 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza mengumumkan hamil empat bulan. — Foto failPenyanyi Datuk Siti Nurhaliza mengumumkan hamil empat bulan. — Foto failKUALA LUMPUR, 13 Okt — Penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza mengesahkan tanda tanya ramai mengenai kehamilannya apabila mengumumkan kandungan yang berusia empat bulan.

Pengumuman dibuat Siti di kediamannya di Ampang, Selangor, malam tadi.

Spekulasi bertiup kencang tentang kehamilannya sejak beberapa bulan lalu namun tidak disahkan Siti sendiri mahu pun suaminya Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.

Pada 1 Disember 2015, Siti Nurhaliza mengakui mengalami masalah keguguran setelah hamil dua bulan di tengah-tengah spekulasi media.

Siti dan Khalid mendirikan rumah tangga sejak 11 tahun lalu.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline