Last updated Sunday, February 26, 2017 11:47 pm GMT+8

Monday January 9, 2017
2:37 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Datuk Siti Nurhaliza Tarudin berang apabila fotonya dan suami diperalatkan untuk mempromosi ubat perangsang seks. — Foto ihsan Instagram/Siti Nurhaliza Datuk Siti Nurhaliza Tarudin berang apabila fotonya dan suami diperalatkan untuk mempromosi ubat perangsang seks. — Foto ihsan Instagram/Siti Nurhaliza KUALA LUMPUR, 9 Jan — Peniaga ubat perangsang seks bakal berdepan tindakan undang-undang apabila menggunakan gambar Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.

Penyanyi terkenal itu berkata iklan di Instagram yang menggunakan gambarnya yang belum bertudung bersama suami Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mengejutkannya.

“Saya memberi amaran keras kepada peniaga terbabit supaya berhenti menggunakan nama serta gambar saya dan suami,” katanya kepada Kosmo!.

“Ini kerana kami berdua langsung tidak pernah terlibat dengan produk tersebut.

“Jika pihak peniaga tersebut tidak memadamkan gambar serta iklan yang menggunakan nama kami, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.”

Akhbar itu melaporkan penyanyi “Percayalah” dan suaminya diaibkan apabila didakwa, melalui iklan tersebut, menggunakan perangsang seks kerana ada masalah mati pucuk.

Harga produk tersebut turut dijual di luar negara dengan harga antara RM150 hingga RM200 sebotol dengan 90 biji pil.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline