Friday May 12, 2017
3:48 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Pertandingan sajak Hinduisme meletakkan syarat tidak menjadikan puisi mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin sebagai 'panduan'. — Foto oleh Choo Choy MayPertandingan sajak Hinduisme meletakkan syarat tidak menjadikan puisi mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin sebagai 'panduan'. — Foto oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR, 12 Mei — Seorang penyajak Islam menang anugerah puisi bertemakan Hinduisme, yang dilihat menyindir mufti Perlis.

Mohd Faiz Nazim Baidilleh, puisi “Tiga”, antara tiga pemenang utama pertandingan yang dianjurkan oleh kumpulan sasterawan Kavyan (Kavyan).

Dua lagi pemenang T. Viveganandan (Maka Kau Kubentuk) dan Lee Chen Kang (Cerita Muruga) diumumkan kumpulan itu, dipimpin Uthaya Sankar SB, hari ini.

Pertandingan itu yang menarik 26 penyertaan, terbuka pada umum antara 22-30 April, dinilai panel yang diketuai penulis terkenal Faisal Tehrani.

Manakala hadiah RM800 setiap seorang pemenang utama ditaja penulis dan penerbit popular Amir Muhammad.

Datuk Mohd Asri Zainul Abidin menulis puisinya, yang menyebut “penyembah lembu”, sehari sebelum pertandingan ini dibuka.

Syarat penyertaan itu antaranya “tidak menjadikan 'puisi pagi Jumaat' mufti Perlis sebagai panduan.”

Beliau bagaimanapun membuang puisi tersebut daripada Facebook rasminya susulan kontroversi kerana dianggap mengkritik penganut Hindu.

Menurut blog Kayvan, tiga pemenang sagu hati Pertandingan Menulis Sajak Bertema Hinduisme, dengan hadiah RM160, seperti berikut:

― Muhammad Fareed Isa (Sirna Dalam Samsara)

― Muhammad Ruzaiman Ahmad (Karma Bima Sakti)

― Renganathan Palanisamy (Kami Yang Bergelar Penganut Hindu)

Dalam laporan panel penilai, Faisal menyatakan “sungguh menggembirakan apabila puisi Melayu tidak lagi dihadkan sebagai wahana dakwah Islam.”

“Puisi Bahasa Malaysia (atau digunakan oleh sebahagian orang sebagai bahasa Melayu) tidak seharusnya terkurung dan terikat dengan satu-satu etnik atau penganut agama,” katanya di blog tersebut.

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline