Wednesday February 7, 2018
2:55 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Tangki kenderaan diubah suai hingga mampu memuatkan petrol sehingga RM500 sebelum diseludup ke Thailand. — Foto ReutersTangki kenderaan diubah suai hingga mampu memuatkan petrol sehingga RM500 sebelum diseludup ke Thailand. — Foto ReutersKOTA BARU, 7 Feb ― Gadis muda dan cantik digunakan sindiket untuk menyeludup minyak ke Thailand.

Mereka mengubah suai tangki kenderaan, boleh diisi RM500 petrol, sebelum memasuki negara jiran menggunakan laluan sah, lapor Harian Metro.

Komander Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) berkata sindiket itu cuba mengabui pasukan keselamatan dengan menggunakan gadis muda dan cantik.

“Memang kalau kita lihat, kita tidak sangka wanita muda terbabit membawa bekalan minyak untuk diseludup keluar ke Thailand,” kata Mohd Asri Yahya.

Mahu mengetatkan kawalan sempadan, beliau yang percaya gadis itu dibayar lumayan, menjangka kegiatan tersebut rancak menjelang sambutan Tahun Baru Cina.

Iklan

Iklan

MMO Instagram