Thursday August 10, 2017
6:11 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

 Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menolak kemungkinan serbuan terhadap syarikat anak-anaknya bermotifkan politik. — Foto oleh Reuters Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menolak kemungkinan serbuan terhadap syarikat anak-anaknya bermotifkan politik. — Foto oleh Reuters KUALA LUMPUR, 10 Ogos — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia jika pihak berkuasa mahu menyemak dan menyiasat akaun kewangannya.

Tiga syarikat anak-anak lelaki tokoh pembangkang itu diserbu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) minggu ini.

Syarikat-syarikat itu adalah Kencana Capital, Opcom Holdings dan Cresent Capital.

“Mereka dialu-alukan menyemak semua buku akaun dan apa-apa sahaja. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dialu-alukan dan juga LHDN,” katanya.

Dr Mahathir, pengerusi Pakatan Harapan, tidak menolak kemungkinan serbuan terhadap syarikat keluarganya baru-baru ini bermotifkan politik.

“Mereka ada hak. Mereka boleh buat apa sahaja mereka suka, mereka adalah kerajaan. Mereka ada kuasa untuk disalah guna,” katanya.

Baca seterusnya di Malay Mail Online

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline