Last updated Monday, April 24, 2017 3:18 pm GMT+8

Tuesday January 10, 2017
3:33 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Datuk Seri Idris Haron (kanan) bersama setiausaha kerajaan negeri Datuk Seri Naim Abu Bakar (kiri) melihat model projek Pusat Komersial Hang Tuah Melaka (HTMCC) selepas majlis pelancaran. — Foto BernamaDatuk Seri Idris Haron (kanan) bersama setiausaha kerajaan negeri Datuk Seri Naim Abu Bakar (kiri) melihat model projek Pusat Komersial Hang Tuah Melaka (HTMCC) selepas majlis pelancaran. — Foto BernamaMELAKA, 10 Jan — Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron menjelaskan beliau hanya membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap beberapa pegawai kerajaan negeri dan siasatan itu tiada kaitan dengan dirinya.

Beliau berkata bantuan yang diberi adalah berdasarkan bidang kuasanya selaku ketua menteri.

“(Anggota SPRM) datang sempurnakan siasatan beberapa kes yang berlaku sebulan setengah yang lalu.

“Takkan siasat saya, kalau siasat saya lain macam (cara) dia (anggota SPRM) datang,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat Ketua Menteri 2017 dan pelancaram Pusat Komersil Hang Tuah Melaka di Ayer Keroh di sini hari ini.

Idris mengulas laporan akhbar hari ini mengenai kehadiran anggota SPRM di pejabatnya semalam bagi merakam kenyataan berhubung siasatan terhadap pegawai yang ada kaitan dengan Pejabat Ketua Menteri.

Mengulas lanjut, Idris berkata beliau sentiasa terbuka dan sedia memberi kerjasama penuh dalam apa juga siasatan yang dilakukan pihak berkuasa demi meningkatkan integriti kerajaan negeri.

“Ini integriti kita. Mana-mana pegawai yang mengamalkan rasuah di negeri Melaka ini tidak ada tempat dan akan rasa panas,” katanya. — Bernama

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline