Last updated Friday, September 30, 2016 11:26 am GMT+8

Thursday September 22, 2016
2:41 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Datuk Seri Shafie Apdal bakal mengetuai parti baharu di Sabah. — Foto oleh Saw Siow FengDatuk Seri Shafie Apdal bakal mengetuai parti baharu di Sabah. — Foto oleh Saw Siow FengKUALA LUMPUR, 22 Sept — Bekas naib presiden Umno hari ini mendaftarkan penubuhan satu parti baru di Pendaftar Pertubuhan (RoS) sebagai pengganti kepada parti tempatan Sabah.

Datuk Seri Shafie Apdal bagaimanapun enggan mengumumkan nama parti barunya yang berbilang kaum, namun katanya ia akan memperjuangkan hak masyarakat tempatan.

“Saya terlibat dalam penubuhan awal parti ini. Saya akan menjadi presiden sebaik sahaja RoS meluluskan beberapa perubahan yang sudah kita serahkan,” katanya dalam sidang media di pejabat RoS di Putrajaya hari ini.

Penubuhan parti itu memberi kejutan kepada pembangkang apabila naib presiden PKR Darell Leiking mengumumkan keluar parti selepas lapan tahun.

“Kami akan bekerjasama,” kata Leiking kepada Malay Mail Online selepas dilihat menemani Shafie mendaftarkan penubuhan parti baharu di Putrajaya pagi tadi.

Leiking, satu-satunya wakil rakyat PKR di Sabah bagi kerusi Parlimen Penampang bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada beliau akan menyertai parti baru Shafie.

Baca seterusnya di Malay Mail Online.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline