Thursday November 9, 2017
10:12 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Luis Suarez menganggap penghormatan kepada dirinya dapat bekerjasama dengan Malaysia untuk memperkenalkan negara percutian eksotik kepada dunia luar. — Foto ReutersLuis Suarez menganggap penghormatan kepada dirinya dapat bekerjasama dengan Malaysia untuk memperkenalkan negara percutian eksotik kepada dunia luar. — Foto ReutersPUTRAJAYA, 9 Nov — Tourism Malaysia telah menjalin kerjasama strategik dengan bintang sensasi Barcelona, Luis Suarez sebagai usaha untuk menarik lebih ramai pelancong antarabangsa melancong ke negara ini.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata rakan perkongsian itu dijangka dapat meningkatkan populariti Malaysia sebagai destinasi pelancongan dengan memanfaatkan populariti pemain bola sepak itu di seluruh dunia dalam menarik generasi millennial melawat negara ini.

Beliau berkata Suarez bukan sahaja telah membuktikan dirinya sebagai salah seorang pemain terbaik dunia malah juga sebagai pemimpin masyarakat yang disegani.

“Sebagai wira generasi millennial, Suarez menjadi inspirasi kepada ramai dan berharap ini akan membantu mengangkat Malaysia sebagai destinasi pelancongan tropika serta memikat hati generasi milliennial untuk melakukan pengembaraan,”katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Kontrak perjanjian kerjasama selama setahun itu dimeterai antara Tourism Malaysia dan wakil Suarez di Asia, Mediapro, hari ini.

Sementara itu, Suarez, dalam kenyataan sama, berkata adalah menjadi satu penghargaan dan penghormatan kepada dirinya dapat bekerjasama dengan Malaysia dan tidak sabar untuk memulakan perjalanan ini untuk memperkenalkan negara percutian eksotik kepada dunia luar.

“Khususnya memperkenalkan negara yang kaya dengan warisan dan sejarah ini kepada semua penyokong saya serta menjadikan mereka peminat Malaysia," katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Mediapro Asia, Lars Heidenreich berkata bintang bola sepak itu amat popular di Asia.

“Kami yakin jenama dan kerjasama dengan Suarez dapat menarik lebih ramai pelancong untuk memilih Malaysia sebagai destinasi mereka seterusnya dan merasai sendiri pengalaman dengan segala yang ditawarkan Malaysia sebagai ‘Truly Asia',” katanya. — Bernama

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline