Last updated Saturday, October 01, 2016 6:39 pm GMT+8

Thursday September 22, 2016
8:30 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Nurbazlin Abu Bakar menjadi pembuat kek dengan jenama CakesByOlyn. — Foto ihsan Instagram/Olyn LynNurbazlin Abu Bakar menjadi pembuat kek dengan jenama CakesByOlyn. — Foto ihsan Instagram/Olyn LynKANGAR, 22 Sept — Cubaan demi cubaan dilakukan seorang suri rumah bagi membuat sebiji kek yang hasilnya sering dibuang ke dalam tong sampah, namun ia bukanlah sesuatu yang sia-sia buat dirinya.

Atas usaha yang tidak pernah kenal erti kalah, Nurbazlin Abu Bakar, 32, kini tersenyum puas setiap kali selesai menyiapkan tempahan kek pelbagai jenis yang mendapat permintaan menggalakkan daripada kenalan di laman sosial.

Mula mencipta nama dengan menjalankan perniagaan kek secara dalam talian, dengan nama CakesByOlyn sejak lima tahun lepas, anak jati Perlis yang senang disapa sebagai Olyn berkata beliau tidak menang tangan menyiapkan tempahan hampir 20 biji kek setiap hari.

Tidak minat buat kek

Mengimbau pengalaman pertamanya ketika mula membuat kek enam tahun lepas, Olyn berkata ia satu yang sukar kerana beliau sebelum itu jarang masuk ke dapur dan tidak pernah ‘pegang tepung’.

“Saya tidak minat memasak apatah lagi membuat kek. Sebagai suri rumah saya hanya menjalankan rutin harian menguruskan rumah dan anak-anak yang masih kecil,” katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini. 

Semuanya bermula sewaktu beliau mengikuti suaminya menyambung pengajian ke London pada 2010, di mana dirinya berdepan suasana baharu yang asing di negara orang serta kebosanan kerana terperap dalam rumah.

“Suami sangat sibuk dengan kuliah ketika menyambung PhD (Doktor Falfasah) di salah sebuah universiti di Sheffield, United Kingdom dan waktu itu anak-anak saya masing-masing berusia satu dan dua tahun.

“Bila anak-anak sudah tidur dan rumah pula telah dikemas rapi, apa nak buat lagi memang bosan....satu-satunya ‘kawan’ yang saya ada hanya televisyen,” katanya.

 

 

Rainbow pattern as per request😘 #CakesByOlyn#perlis#perlisbaker#kekperlis#chocolatemoist#sayajualkek#littleponycake

A photo posted by OlynLyn#CakesByOlyn#dliabeauty (@olyn_lyn) on

 

Inspirasi rancangan TV

Olyn berkata setiap kali menonton televisyen, siaran berkaitan pastri dan kek amat menarik perhatiannya kerana melihat kecekapan chef dengan pelbagai teknik serta seni dekorasi yang sangat mengkagumkan.

“Setiap hari saya tonton rancangan chef selibriti Jamie Oliver dan penulis juadah Mary Berry. Selain melihat kek atau pastri yang mereka buat saya juga tertarik dengan dekorasi ‘kitchen studio’ mereka dipenuhi pelbagai kelengkapan moden.

“Lama kelamaan timbul minat dan rasa ingin cuba ikut resepi dua personaliti Chef berkenaan sambil berangan-angan mahu memiliki sebuah dapur serba mewah seperti di televisyen itu,” katanya berseloroh.

Menurut Olyn memandangkan suami dan anak-anaknya memang penggemar kek, jadi beliau tidak berfikir panjang untuk memberanikan diri membuat kek walaupun tiada pengalaman.

Setahun buat dan buang kek

“Kek pertama yang saya cuba ialah choc moist, sebab anak-anak suka kek tu. Tetapi kek pertama saya itu tidak menjadi kerana hasilnya keras serta tidak naik (bantat), akhirnya saya buang.

Tapi saya tak berputus asa malah bersemangat untuk mencuba sehingga menjadi seperti tekstur yang dinginkan serta membuat bermacam kek walaupun hampir setiap hari ada sahaja yang terpaksa dibuang.

“Tetapi jika kek yang dibuat ‘menjadi’ saya rasa seronok dan akan beri pada jiran-jiran atau bawa ke majlis jamuan,” katanya yang selama setahun berusaha mencuba dan belajar daripada kesilapan sehingga timbul rasa seronok untuk buat kek.

Olyn berkata beliau bertuah walaupun tidak belajar membuat kek secara formal, namun setelah berpuluh resepi choc moist cake  dicuba beliau berjaya menghasilkan satu resepi kek coklat yang tersendiri sehingga menjadi rebutan.

“Melalui komen yang diterima termasuk daripada jiran-jiran, ternyata mereka suka kek coklat yang saya buat dan mahu menempah pelbagai jenis kek untuk majlis harijadi, jamuan dan pelbagai majlis lain.

Memandangkan dah lebih setahun saya cuba dapatkan tekstur kek yang lembut, lembab dan sedap, baru saya ada keyakinan terima tempahan dan sejak itu bermulalah kerjaya saya sebagai pembuat kek pada 2011,” katanya. 

 

 

Hahaaaa.. M&M cake request dr Aiman utk hari jadi yg ke 7😍

A photo posted by OlynLyn#CakesByOlyn#dliabeauty (@olyn_lyn) on

 

Kek bertema

Menurut Olyn, selepas empat tahun menerima tempahan di bumi London (Sheffield) beliau makin seronok dan yakin inilah bidang yang mahu diceburi secara serius.

Kemudian pada 2015 Olyn sekeluarga pulang ke Perlis serta terus rancak menerima tempahan kek di sekitar negeri itu.   

“Memang saya tak duga begitu ramai pelanggan mengenali dan mengikuti perniagaan saya di laman sosial sehingga membuatkan mereka yakin untuk menempah CakesByOlyn.

Permintaan mereka bermacam tema antaranya watak kartun, sambutan hari ibu, guru dan pertama kali tahun ini CakesByOlyn membuat kek bertema ‘Kemerdekaan’ di mana saya teruja untuk mengekspresi nilai merdeka pada kek yang saya buat” katanya.

Olyn berkata beliau seronok menerima tempahan kek bertema dalam pelbagai bentuk dan menjadikan dekorasi kek yang banyak terdapat di laman sosial sebagai sumber ilham bagi menghasilkan kek yang cantik mengikut kehendak pelanggan.

Tidak buka kedai

Ternyata CakesByOlyn yang beroperasi dari rumah itu semakin berkembang maju sehingga ada tempahan yang terpaksa ditolak bagi menjamin kualiti rasa dan kekemasan hasil dekorasi kek yang memerlukan ketelitian.

“Kebanyakan pelanggan menggemari kek chocolate moist ala Secret Recipe, cuma bentuk dan dekorasi berbeza dan jika saya menerima tempahan kek perkahwinan atau kek fondant, saya akan lebih sibuk sepanjang minggu,” katanya yang tidak merancang membuka kedai kek.

Menurut Olyn beliau selesa beroperasi dari rumah memandangkan ‘studio kitchen’ yang diidamkan sudah dimiliki selain mudah membahagi masa menyelesaikan urusan rumah tangga dan menjaga anak-anak. — Bernama

 

 

Baju kastam hihi.. #CakesByOlyn#perlisbaker#perlis#kekperlis#kekbirthdayperlis#chocolatemoist#custommadecake#2Dcakeperlis

A photo posted by OlynLyn#CakesByOlyn#dliabeauty (@olyn_lyn) on

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline