Monday June 19, 2017
5:32 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Datuk Seri Affendi Buang mendengar taklimat Ketua Penyiasatan Nahas Pesawat Tempur Hawk 108 Left Kol John Sham ketika melawat lokasi nahas pesawat di Kampung Yak Yah hari ini. — Foto BernamaDatuk Seri Affendi Buang mendengar taklimat Ketua Penyiasatan Nahas Pesawat Tempur Hawk 108 Left Kol John Sham ketika melawat lokasi nahas pesawat di Kampung Yak Yah hari ini. — Foto BernamaKEMAMAN, 19 Jun — Radar pengesan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) merakam penuh tragedi nahas pesawat Hawk 108 sehingga ke saat akhir ia terhempas, kata Panglima TUDM Jeneral Datuk Seri Affendi Buang

Beliau berkata radar pengesan itu digunakan pada hari penerbangan pesawat Hawk pada Khamis lepas, sebelum nahas itu berlaku.

“Dari segi aspek penyiasatan, TUDM telah memperoleh bukti awal daripada radar pengesan dan masih terlalu awal untuk kami membuat kesimpulan dengan apa yang sebenarnya berlaku.

“Di lokasi nahas, TUDM berjaya menjumpai kedua-dua kerusi anjal pesawat Hawk dan bahagian besar bangkai pesawat itu yang tidak tertimbus di kawasan paya,” katanya pada sidang berita ketika meninjau kawasan nahas pesawat Hawk di Kampung Yak Yah di sini, hari ini.

Affendi berkata selepas memperoleh komponen pesawat itu, TUDM membuat lakaran kasar untuk menentukan kemungkinan keadaan sebenar pesawat itu terhempas di kawasan berkenaan.

Affendi berkata bagi memastikan siasatan itu dijalankan dengan sistemaik dan profesional, TUDM meminta kerjasama Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) dan pihak pembuat pesawat Hawk bagi mendapatkan gambaran sebenar punca kejadian.

Ditanya sama ada pesawat itu telah menjalani pemeriksaan sebelum ia beroperasi, beliau menjelaskan bahawa pesawat itu sudah keluar daripada ‘routine maintainance check’ iaitu tempoh pemeriksaan selama 500 jam dan mempunyai jadual penyelenggaran.

“Selepas tamat tempoh terbang 500 jam, pesawat ini akan masuk untuk ‘minor servicing’ (penyenggeraan kecil) di mana ia perlu dibuat ‘functional check flight’ (penerbangan pemeriksaan fungsian) sebelum jurutebang berkelayakan menerbangkan pesawat itu untuk sesi penerbangan seterusnya,” katanya.

Affendi berkata pesawat itu telah membuat penerbangan pertama pada Selasa lepas dan TUDM mendapati ia mengalami sedikit kerosakan dan telah dibaiki serta diterbangkan semula pada Rabu lepas.

“Waktu pesawat itu diterbangkan pada Rabu lepas, ia diisytiharkan sebagai pesawat yang telah menjalani pemeriksaan baik dan memenuhi aspek teknikal penerbangan,” katanya. — Bernama

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline