Friday July 14, 2017
10:27 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Pesawat MH370 hilang daripada paparan radar semasa dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac 2014 dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal. — Foto ReutersPesawat MH370 hilang daripada paparan radar semasa dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac 2014 dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal. — Foto ReutersPUTRAJAYA, 14 Julai — Pasukan Penyiasat MH370 yang menjalankan penilaian ke atas foto serpihan yang ditemui di Seychelles baru-baru ini mengesahkan bahawa ia bukan dari Boeing 777 atau enjin Rolls Royce.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata DCA telah menghubungi Seychelles Civil Aviation Authority (SCAA) untuk mendapatkan maklumat terperinci ekoran laporan serpihan dipercayai milik pesawat Malaysia Airlines MH370 ditemui pihak berkuasa Seychelles.

“Pihak SCAA telah berkongsi maklumat dan foto serpihan tersebut dan DCA mengucapkan terima kasih kepada rakan sekerja di SCAA yang telah memberikan kerjasama yang jitu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

SCAA dalam kenyataannya sebelum ini berkata saintis yang menjalankan penyelidikan mengenai burung dan penyu telah menemui dua serpihan dipercayai milik pesawat Malaysia Airlines MH370  terdampar di Farqhar.

Pesawat MH370 hilang daripada paparan radar semasa dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac 2014 dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal. — Bernama

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline