Monday June 19, 2017
12:32 PM GMT+8

TERKINI:
June 19, 2017
03:18 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Polis bersenjata Britain mengawal lokasi sekumpulan jemaah Masjid Finsbury Park dirempuh sebuah van, 19 Jun 2017. — Foto ReutersPolis bersenjata Britain mengawal lokasi sekumpulan jemaah Masjid Finsbury Park dirempuh sebuah van, 19 Jun 2017. — Foto Reuters

LONDON, 19 Jun — Beberapa jemaah yang baru selesai mengerjakan solat tarawih di Masjid Finsbury Park di utara di sini, dirempuh sebuah van.

Seorang dilaporkan mati manakala beberapa lagi parah, dibawa ke tiga hospital berasingan dalam kejadian pagi Isnin, lapor CNN.

Seorang pemandu van berusia 48 tahun ditahan tetapi saksi memberitahu, tiga orang melarikan diri daripada van berkenaan.

Menurut BBC, pemandu itu ditahan di Jalan Seven Sister, Finsbury Park.

Majlis Islam Britain (MCB) pula menyifatkan van berkenaan “sengaja” merempuh jemaah masjid.

Mengikut Akhbar Evening Standard, lelaki yang ditahan “berkulit putih dan berambut hitam”.

Perdana Menteri Britain Theresa May menyifatkan ia “kejadian dahsyat,” dan mengucapkan takziah kepada mangsa yang cedera. 

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline