Last updated Monday, September 26, 2016 11:38 pm GMT+8

Thursday September 22, 2016
2:56 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Saifudin berhasrat untuk tidak lagi menjadi nelayan selepas hilang di perairan Pulau Tioman pada Khamis lalu. — Gambar Malay MailSaifudin berhasrat untuk tidak lagi menjadi nelayan selepas hilang di perairan Pulau Tioman pada Khamis lalu. — Gambar Malay MailMERSING, 22 Sept — Mohd Saifudin Mamat, 32, awak-awak yang ditemui selamat semalam selepas terjatuh dari bot di perairan Pulau Tioman, Rompin pada Khamis lalu berhasrat untuk tidak mahu lagi menjadi nelayan.

Beliau berkata pengalamannya sepanjang berada di laut sukar dilupakannya.

“Ia merupakan situasi paling mencemaskan sepanjang empat tahun saya menjadi nelayan. Selama enam jam saya berada di dalam air, macam-macam yang saya fikirkan terutama isteri, ibu, ayah dan nenek saya,” katanya di rumahnya di Kampung Semanyir, Endau dekat sini hari ini.
    
Menurutnya, itu kali pertama beliau turun ke laut selepas berehat selama lapan bulan akibat mengalami kemalangan sebelum ini.

Ibunya Norhayati Arifin, 51, bersyukur kerana anaknya diselamatkan.

Katanya beliau menerima berita gembira itu kira-kira jam 3.30 petang semalam sebaik dimaklumkan oleh pihak berkuasa.

“Akhirnya Tuhan makbulkan doa saya, selepas masuk hari keenam dia hilang.
Saya bersyukur pada Tuhan kerana dia selamat dan dapat meneruskan kehidupan bersama kami,” katanya.

Norhayati berkata disebabkan tragedi itu, beliau tidak lagi membenarkan anaknya pergi ke laut.

Mohd Saifudin ditemukan sekitar 24 batu nautika dari barat laut Pulau Tioman.— Bernama

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline