Last updated Tuesday, March 28, 2017 11:59 pm GMT+8

Sunday March 19, 2017
3:32 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Adi Putra berkahwin dengan Aida atau Zuhaidah Yusof, 42, (gambar) pada 14 April 2006 dan berkahwin kali kedua dengan Norshahida Dzolkifly 10 tahun kemudian. — Foto ihsan Instagram/AdiPutraAdi Putra berkahwin dengan Aida atau Zuhaidah Yusof, 42, (gambar) pada 14 April 2006 dan berkahwin kali kedua dengan Norshahida Dzolkifly 10 tahun kemudian. — Foto ihsan Instagram/AdiPutraPETALING JAYA, 19 Mac — Pelakon Adi Putra sekali lagi mendaftarkan permohonan menceraikan isteri pertamanya di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur pada 3 Mac lalu.

Portal mStar Online yang memetik sumber berkata, kes konflik rumah tangga dengan pasangannya, Aida Yusof akan disebut dalam masa terdekat.

Bagaimanapun Adi atau nama sebenar Mohamed Hadi Putera Halim, 36, tidak dapat dihubungi untuk mengulas lanjut kerana sedang menguruskan jemaah umrah di Mekah.

Pelakon asal Singapura itu berkahwin dengan Aida atau Zuhaidah Yusof, 42, pada 14 April 2006 dan tidak dikurniakan anak.

Isterinya dilaporkan sering mengalami keguguran namun mempunyai seorang anak angkat iaitu Zara Adelia yang kini berusia lima tahun.

Hero drama Cinta Wedding Planner sebelum ini pernah memfailkan perceraian terhadap Aida pada 11 Mei 2012.

Namun kes ditarik balik tidak lama kemudian selepas mereka mahu menyelesaikan kemelut yang dihadapi dengan sebaik mungkin.

Perkahwinan keduanya dengan Norshahida Dzolkifly, 33, pada 20 Jun tahun lalu menimbulkan kontroversi apabila dilaporkan dibuat secara rahsia tanpa pengetahuan umum.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline