Saturday May 20, 2017
2:57 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Polis berkata mangsa yang cedera parah dirawat di Hospital Pulau Pinang dan tiga lagi mangsa iaitu seorang lelaki dan dua wanita dirawat sebagai pesakit luar. — Foto ihsan Facebook/kemalanganPolis berkata mangsa yang cedera parah dirawat di Hospital Pulau Pinang dan tiga lagi mangsa iaitu seorang lelaki dan dua wanita dirawat sebagai pesakit luar. — Foto ihsan Facebook/kemalanganGEORGE TOWN, 20 Mei ― Pemandu wanita yang mengakibatkan empat cedera dalam insiden kereta mengundur semalam tampil membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Timur Laut berkata itu merupakan kali kedua warga emas berkenaan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL).

ACP Anuar Omar berkata pemandu berkenaan sudah hadir ke IPDTL semalam namun wanita itu pengsan ketika membuat laporan, lapor Harian Metro.

Pemandu berkenaan yang ditemani suaminya kemudian dihantar ke klinik untuk rawatan serta pemeriksaan lanjut.

Anuar berkata wanita berkenaan sekali lagi hadir ke IPDTL 10 pagi tadi bagi diambil keterangan untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu dalam keadaan cuai sehingga mendatangkan kecederaan terhadap orang lain.

“Sekiranya disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali,” Anuar dilaporkan berkata.

Semalam, seorang wanita parah manakala tiga individu lagi cedera ringan apabila pemandu wanita yang sedang mengundurkan kereta dipercayai hilang kawalan lalu melanggar gerai-gerai makanan di Jalan Baru di sini.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, Woon Kwee Fong, 59, yang sedang makan di situ, cedera parah di kaki, badan dan kepala dengan keadaannya dilaporkan kritikal.

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline