Last updated Sunday, September 25, 2016 3:16 pm GMT+8

Thursday September 22, 2016
5:01 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Seorang gadis akhirnya ditemui selamat selepas hilang selama tujuh jam. — Foto oleh Saw Siow FengSeorang gadis akhirnya ditemui selamat selepas hilang selama tujuh jam. — Foto oleh Saw Siow FengCHERAS, 22 Sept ― Seorang pelajar tingkatan tiga yang dilaporkan hilang kini sudah bertemu keluarganya selepas dihantar rakan sekelas yang terserempak dengan mangsa.

Menurut laporan New Straits Times, mangsa ditemui berjalan seorang diri kira-kira 300 meter dari rumahnya di Bandar Tun Hussein Onn di sini pada jam 2.30 petang.

Menurut ibu rakan mangsa, Juliana Jeffri, 42, beliau dalam perjalanan ke pasar raya bersama anak perempuannya melihat kelibat remaja itu.

Setelah menyedari ia merupakan mangsa, mereka segera menghantarnya ke rumah.

Sementara itu, pakcik mangsa Jalaluddin Md Zin berkata mangsa memberitahu kedua-dua lelaki berkenaan menggugutnya dengan parang supaya mengikut mereka menaiki motorsikal.

Gadis itu dikatakan diikat, namun dibebaskan selepas berita kehilangannya tersebar.

Pagi tadi, polis mencari gadis yang dilaporkan dilarikan dua lelaki bermotosikal di luar rumahnya di Bandar Tun Hussein Onn pada jam 7 pagi tadi.

Sebagai respon kepada laman media sosial, Ketua Polis Kajang, ACP Othman Nanyan berkata, polis sedang menyiasat kes itu sebagai penculikan tetapi tidak menolak kemungkinan lain.

"Pengadu membuat laporan polis kerana mengesyaki anak perempuannya telah diculik," kata beliau dalam satu kenyataan petang ini.

"Pihaknya telah sekolah mangsa untuk merekodkan kenyataan saksi dan rakan mangsa untuk mengesahkan sama ada mangsa mempunyai teman lelaki," katanya.

Gadis tersebut dilaporkan diapit ditengah-tengah dua penunggang motosikal dan disaksikan pemandu bas yang datang menjemputnya di luar rumah untuk menghantar mangsa ke sekolah.

Namun, pemandu berkenaan tidak dapat berbuat apa-apa kerana kejadian berlaku dengan cepat sekali.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline