Monday March 20, 2017
6:04 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Klip video Omar Kaiho, 30, warga Afrika yang menyanyikan lagu 'Malaysia Yang Ku Cinta' kini ditonton lebih 100,000 kali di Youtube. — Foto ihsan FacebookKaihoRikamburaKlip video Omar Kaiho, 30, warga Afrika yang menyanyikan lagu 'Malaysia Yang Ku Cinta' kini ditonton lebih 100,000 kali di Youtube. — Foto ihsan FacebookKaihoRikamburaKUALA LUMPUR, 20 Mac — Siswa warga Afrika yang fasih menyanyikan lagu ‘Hang Mana Pi Mana’ menarik minat penerbit untuk merakamkan single dalam bahasa Melayu.

Omar Kaiho, 30, merakamkan single lagu Malaysia Yang Ku Cinta yang ditulis anggota kumpulan Khalifah, Harry bersama seorang lagi dari Music Valley, lapor Sinar Harian.

“Alhamdulillah, lebih dua minggu ia dimuat naik di You Tube, dan sudah mencecah lebih 50,000 tontonan. 

“Terima kasih buat yang menyokong. Jadi saya kira ini adalah satu percubaan untuk mencari tapak dalam dunia hiburan di Malaysia,” kata pelajar tahun akhir sarjana muda teknologi maklumat.

Siswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu terkejut projek video pendeknya yang pada awalnya dibuat secara suka-suka di Youtube menjadi tular di media sosial.

“Sebelum ini saya ada buat projek video pendek berjudul Celup-Celup dan ia juga boleh ditonton menerusi saluran projek komedi di Youtube.

“Jadi penerbit minta saya hafal lagu tersebut sebelum proses rakaman dilakukan. Bila dah siap rakam, saya muat naik dalam FB. Terkejut juga bila dapat perhatian netizen,” katanya yang merancang untuk merakamkan single baru khas sempena Aidilfitri nanti.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline