Last updated Monday, December 05, 2016 8:23 pm GMT+8

Wednesday October 19, 2016
10:34 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dalam sidang media pada 14 September 2016, mengumumkan himpunan Bersih 5 pada 19 November ini. — Foto oleh Kamles KumarPengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dalam sidang media pada 14 September 2016, mengumumkan himpunan Bersih 5 pada 19 November ini. — Foto oleh Kamles KumarKUALA LUMPUR, 19 Okt — Penganjur Bersih 5 juga harus ditahan susulan penahanan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos, jika beliau disiasat mengikut Akta Hasutan 1948, kata Anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim.

Dalam satu kenyataan hari ini, Irmohizam berkata ini kerana konvoi Bersih lebih ketara mengheret orang ramai untuk berhimpun sambil berdakwah untuk membenci kerajaan.

“Kita akan melihat lebih banyak insiden perpecahan rakyat dan pencabulan keharmonian negara. Bersih 5 hanyalah medium untuk pembangkang berpolitik yang secara zahirnya murni pada mata rakyat (sedangkan) hakikatnya meninggalkan kesan kotor kepada kesejahteraan negara,” katanya.

Irmohizam berkata sekiranya himpunan itu diteruskan, ia berkemungkinan turut mengundang ancaman pengganas seperti Daesh yang mensasarkan tempat tumpuan ramai.

“Jika perhimpunan ini dibenarkan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2011, maka kerajaan perlu pertimbangkan juga Akta Majlis Keselamatan Negara,” katanya.

Pagi tadi, Datuk Jamal Md Yunos ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, dan direman dua hari.

Jamal disiasat mengikut empat akta iaitu Akta Hasutan 1948, Seksyen 500 dan 503 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berikutan beberapa laporan polis yang dibuat ke atasnya. — Bernama

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline