Thursday February 8, 2018
6:12 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Darjah Kerabat Al-Yunusi Kelantan yang diterima Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2002 ditarik balik Istana Kelantan. — Foto oleh Miera ZulyanaDarjah Kerabat Al-Yunusi Kelantan yang diterima Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2002 ditarik balik Istana Kelantan. — Foto oleh Miera ZulyanaPETALING JAYA, 8 Feb — Istana Kelantan menarik pingat kebesaran yang dikurniakan kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Penarikan itu dinyatakan melalui surat bertarikh 6 Februari yang diterima pihak Dr Mahathir di Seri Kembangan hari ini, lapor Malaysiakini.

Memetik sumber, portal itu melaporkan Dr Mahathir dalam proses menyerahkan Darjah Kerabat Al-Yunusi Kelantan yang dianugerah pada 2002.

Semalam, dua pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) Husam Musa dan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengembalikan surat tauliah dan pingat kebesaran mereka.

Pembatalan darjah kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) (Al-Ismaili II) membawa gelaran Datuk Paduka berkuat kuasa 6 Februari.

Iklan

Iklan

MMO Instagram