Saturday July 29, 2017
8:21 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Aliff, 26, berkahwin dengan Bella Astilah pada 9 September tahun lalu dan kini isterinya sedang hamil enam bulan. — Foto oleh Yusof Mat IsaAliff, 26, berkahwin dengan Bella Astilah pada 9 September tahun lalu dan kini isterinya sedang hamil enam bulan. — Foto oleh Yusof Mat IsaPETALING JAYA, 29 Julai — Isteri Aliff Aziz mengakui masih menyayangi suaminya dan tidak berhasrat untuk berpisah walaupun dirinya tercedera akibat pergaduhan di sebuah pusat karaoke kelmarin.

Dayang Nabellah Awang Astillah, 23, berkata suaminya yang dikahwini sejak tahun lalu bukan seorang “kaki pukul” atau “naik tangan” seperti didakwa.

“Sepanjang kahwin, dia tak pernah pukul saya malah dia juga bertanggungjawab terhadap anak kami,” katanya seperti dilapor mStar Online.

“Saya tidak terfikir untuk berpisah dan masih sayangkannya malah Aliff tidak pernah memukul saya seperti yang hebat diperkatakan sejak semalam.”

Mesra dipanggil Bella, katanya ketika bergelut Aliff secara tidak sengaja mencederakannya.

Beliau yang sedang berpantang anak sulung juga mendakwa ada pihak ketiga cuba mengganggu kebahagiaan rumahtangga mereka.

Dalam insiden petang Khamis lalu, Aliff didakwa mengasari Bella di sebuah pusat karaoke di Taman Shamelin, Cheras dengan mencampakkan telefon bimbit ke muka gadis itu.

Ia ekoran Aliff ditemui berdua-duaan bersama seorang wanita lain. Susulan laporan polis, penyanyi asal Singapura itu ditahan awal pagi Jumaat namun dibebaskan pagi tadi dengan jaminan polis.

Bapa kepada Mohamad Ayden Adrean disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline