Wednesday January 11, 2017
10:23 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Jamal semalam menyatakan kesediaan untuk menjadi presiden FAS menjanjikan Selangor mampu setaraf dengan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT). — Foto oleh Saw Siow FengJamal semalam menyatakan kesediaan untuk menjadi presiden FAS menjanjikan Selangor mampu setaraf dengan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT). — Foto oleh Saw Siow FengKUALA LUMPUR, 11 Jan — Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menjadi lebih huru-hara jika Datuk Seri Jamal Yunos dipilih sebagai presiden, kata kelab penyokong pasukan itu.

Gabungan Kelab Penyokong Selangor (GFCS) berkata hasrat ketua bahagian Umno Sungai Besar itu hanyalah menangguk di air keruh demi menambah populariti sedia ada. 

“Tindakan presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melepaskan jawatannya tidak bermakna persatuan itu harus dipimpin oleh individu sembarangan.

“Amat menghairankan apabila tiba-tiba beliau [Jamal] berminat dengan urusan bola sepak yang selama ini tidak pernah diambil kisah.

“Kami ingin menasihatkan beliau agar lupakan sahaja angan-angan untuk menjadi presiden FAS.

“Jelas ia hanya akan menghuru-harakan keadaan lagi,” kata penaungnya Datuk Adam Rosly seperti dilaporkan Berita Harian.

Jamal semalam menyatakan kesediaan untuk menjadi presiden FAS menjanjikan Selangor mampu setaraf dengan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Ketua gerakan Baju Merah ini juga berazam menyelesaikan isu tunggakan gaji pemain sekiranya berjaya menerajui pasukan itu.

Adam berkata kenyataan Jamal itu sesuatu yang melucukan kerana FAS tidak wajar dibandingkan dengan kelab gergasi seperti JDT.

“Sebagai penyokong setia, semua peminat tahu kedua-dua pasukan berada pada kelas tersendiri dan berada pada era kegemilangan masing-masing.

“Lagipun, mengenang sejarah Sekinchan Ikan Bakar sudah cukup menunjukkan Jamal bukanlah calon sesuai untuk mengemudi FAS ke tahap lebih baik.

“Fahamilah bahawa FAS ini perlu dirombak sepenuhnya bukan sekadar tukar presiden sahaja,” beliau dilaporkan berkata.

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline