Friday January 12, 2018
3:08 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Sebahagian daripada 485 murid Sekolah Kebangsaan Seri Terentang di Pekan diminta pulang setelah kawasan sekolah digenangi air, 12 Januari 2018. — Foto ihsan Facebook/Komuniti Kuantan Sebahagian daripada 485 murid Sekolah Kebangsaan Seri Terentang di Pekan diminta pulang setelah kawasan sekolah digenangi air, 12 Januari 2018. — Foto ihsan Facebook/Komuniti Kuantan PEKAN, 12 Jan — Sebahagian ibu bapa yang menghantar anak ke Sekolah Kebangsaan Seri Terentang di sini terpaksa membawa anak mereka pulang ke rumah semula ekoran banjir kilat melanda sekolah itu 8.30 pagi tadi.

Hujan tidak berhenti sejak semalam menyebabkan air naik sehingga paras lutut di sekolah itu dan menyukarkan sesi pembelajaran sehingga pihak sekolah mengambil keputusan untuk menghubungi ibu bapa supaya mengambil semula anak mereka untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Pihak sekolah memaklumkan sebahagian daripada 485 orang pelajar sekolah itu dibenarkan pulang, manakala selebihnya ditempatkan di bangunan yang selamat.

Seorang ibu Noor Azuwin Abd Razak, 29, berkata suaminya Mohd Noor Abdul Aziz, 30, menghantar anak ke sekolah tetapi membawanya pulang semula kerana kawasan sekolah banjir.

"Anak saya belajar di pra SK Terentang, suami mengambilnya semula untuk dibawa pulang setelah pihak sekolah maklum untuk berbuat demikian untuk mengelakkan sebarang situasi bahaya kepada anak-anak ini," katanya ketika dihubungi Bernama.

Fadhli Othman, 34, pula berkata beliau juga membawa pulang anak lelakinya yang belajar di darjah dua sekolah itu selepas melihat keadaan air di kawasan sekolah.

"Budak-budak mesti rasa seronok, nampak air mesti nak bermain-main... elok juga pihak sekolah fikir keselamatan murid.

"Hujan pun masih lebat tidak berhenti... tak dapat nak jangka apa yang akan berlaku seterusnya, mungkin paras air terus naik," katanya. — Bernama

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline