Thursday February 16, 2017
2:28 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Satu kegiatan di SMK Indera Shahbandar di Kuala Pahang pada 2011 seperti dimuatkan di blog unit kaunseling sekolah terbabit.Satu kegiatan di SMK Indera Shahbandar di Kuala Pahang pada 2011 seperti dimuatkan di blog unit kaunseling sekolah terbabit.PEKAN, 16 Feb — Berdepan risiko bumbung runtuh memaksa seramai 482 pelajar di sebuah sekolah di sini belajar di tempat lain, antaranya di makmal walau bahaya.

Kecewa masalah itu berlarutan sejak dua tahun lalu, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Indera Shahbandar di Kuala Pahang mengakui sudah buntu.

“Pihak sekolah terpaksa menjadikan makmal sebagai kelas walaupun tempat itu dikatakan bahaya, saya tidak ada pilihan lain,” kata Osmera Mat kepada Harian Metro.

Semua bumbung 10 blok bangunan sekolah itu tidak selamat apabila struktur kekuda besi yang dipasang tidak lagi kukuh selepas 15 tahun digunakan.

Sementara 12 kelas di tingkat tiga tidak boleh digunakan kerana “boleh runtuh bila-bila masa", kata Osmera, kesal masalah itu tidak selesai hingga saat ini.

Selain tiada usaha membaiki bangunan tersebut, usaha memindahkan pelajar ke Sekolah Kebangsaan (SK) Indera Shahbandar juga tidak menjadi kenyataan.

Mesyuarat dengan wakil Kementerian Pendidikan dan jurutera daerah, selepas runtuh kali pertama pada 2015, bersetuju mengisytiharkan darurat bagi membolehkan ia dibaiki segera.

“Saya kecewa apabila surat yang diterima seolah-olah tidak menjanjikan keputusan seperti diharapkan, sebaliknya berlaku salah-menyalah antara Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kementerian kerana perbincangan asal bercanggah,” kata Osmera lagi.

Usaha berpindah sekolah yang dijadual selepas cuti Tahun Baru Cina masih tertangguh kerana tiada keputusan rasmi Kementerian Pendidikan.

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline