Last updated Saturday, December 10, 2016 11:00 am GMT+8

Friday December 2, 2016
6:34 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Sehingga kini lebih 11,000 rumah di Johor dengan nilai anggaran RM90 bilion masih belum dibeli, kata Pengerusi Rehda negeri Datuk Steve Chong Yoon On.  — Foto oleh KE OoiSehingga kini lebih 11,000 rumah di Johor dengan nilai anggaran RM90 bilion masih belum dibeli, kata Pengerusi Rehda negeri Datuk Steve Chong Yoon On. — Foto oleh KE Ooi

JOHOR BARU, 2 Dis — Sekarang adalah waktu paling sesuai untuk orang ramai membeli kediaman di Johor memandangkan harga yang ditetapkan bagi rumah siap kini masih mengambil kira kos pembinaan lama, kata Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Johor Datuk Steve Chong Yoon On. 

Beliau berkata peluang ini tidak seharusnya disia-siakan kerana harga rumah dijangka melonjak dalam tempoh satu hingga dua tahun lagi susulan peningkatan kos pembinaan yang terpaksa ditanggung pemaju.

“Kos itu termasuklah yuran profesional dan juruukur bagi melengkapkan pembangunan rumah,” kata Chong kepada pemberita selepas perasmian Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEX) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Johor (Persada) di sini hari ini.

Ekspo tiga hari itu menampilkan 25 pemaju perumahan dan perasmiannya disempurnakan Pengarah Jabatan Bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru Ibrahim Hamdan.

“Sebelum ini, pemaju hanya perlu menanggung lima peratus kos pembinaan tetapi ia dijangka meningkat antara 15 hingga 19 peratus,” kata Chong.

Beliau berkata pada ketika ini, terdapat lebih 11,000 rumah di Johor dengan nilai anggaran RM90 bilion masih belum dibeli.

Dalam perkembangan lain, Chong berkata pihaknya merancang untuk mengadakan ekspo hartanah di China dan India pada Mac depan dengan Guangdong sebagai destinasi pertama.

“Matlamat penganjurannya adalah untuk menarik minat pembeli luar. Kita akan mengajak pemaju yang berminat dan memilih hartanah yang bersesuaian untuk diperkenalkan.

“Selain itu, kita mengharapkan penglibatan kerajaan dalam menjayakannya,” katanya. — Bernama

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline