Last updated Friday, September 30, 2016 11:52 pm GMT+8

Thursday September 22, 2016
12:00 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Pekin Ibrahim (kiri) membawa watak Fuad, tunang kepada Sarah (Atikah Suhaime) dalam ‘Volkswagen Kuning’. — Foto oleh Yusof Mat IsaPekin Ibrahim (kiri) membawa watak Fuad, tunang kepada Sarah (Atikah Suhaime) dalam ‘Volkswagen Kuning’. — Foto oleh Yusof Mat IsaPETALING JAYA, 22 Sept — Pelakon dan pengarah, Pekin Ibrahim menjelaskan sedar akan kontroversi yang menghantui rakan mudanya Atikah Suhaime, daripada tuduhan video seks sehinggalah kepada dakwaan foto lucah.

Biarpun demikian, Pekin atau nama sebenar Mohd Iznan Ibrahim, 35, masih menerima tawaran berlakon bersama Atikah dalam filem Volkswagen Kuning yang bakal ditayangkan pada 22 September ini dan enggan melayani gosip.

“Saya tahu pasal gambar-gambar dan video,” katanya ketika ditemui pada majlis pratayang filem seram Volkswagen Kuning di sini, merujuk kepada dakwaan skandal Atikah.

“Saya tak layan sangat. Saya pun sibuk shooting filem KL Wangan, baik saya sibuk shooting dari ambil tahu benda-benda macam ini. Dia sudah besar, pandai-pandailah,” tambahnya.

Dalam filem tersebut, Pekin membawa watak Fuad, tunang kepada Sarah yang dilakonkan Atikah, dan ini merupakan kali pertama mereka berdua digandingkan di layar perak.

Filem terbitan MIG Pictures Sdn Bhd yang ke-115 itu menampilkan genre seram sebagai latar cerita arahan Shadan Hashim.

Atikah Suhaime (kanan) akan tampil dalam filem ‘Volkswagen Kuning’ terbitan David Teo dan arahan Shadan Hashim. — Foto oleh Yusof Mat IsaAtikah Suhaime (kanan) akan tampil dalam filem ‘Volkswagen Kuning’ terbitan David Teo dan arahan Shadan Hashim. — Foto oleh Yusof Mat IsaDitanya sama ada kontorversi tersebut bakal menaikkan nama Atikah — selaku heroin filem tersebut — Pekin tidak menafikan yang gosip juga ada kalanya membantu.

“Susah hendak cakap, kadang-kadang gosip membantu.

“Dekat Malaysia, kadang-kadang benda-benda negatif jadi meletup, susah nak jangka,” katanya sambil menasihati pelakon baru agar menjadi diri sendiri.

Tambahnya, beliau berpuas hati dengan hasil filem “Volkswagen Kuning”, yang turut dibintangi Shahronizam, Azman Hasan, Mak Jah, Amai Kamarudin, Fatin Afeefa, Aida Othman, Hanif Safuan dan Dayang Areeda.

“Dia cipta naratif. Ini kali pertama saya berlakon dengannya. Pendek kata, dia kontrol filem itu dari awal sampai habis, itulah gambaran saya,” katanya, merujuk kepada Shadan.

“Saya sendiri pun dikawal, apatah lagi Atikah sebab pengarah tahu apa yang dia hendak untuk hidupkan watak ini,” katanya.

Filem tersebut mengisahkan sepasang kekasih yang telah bertunang tersesat jalan dan mengalami gangguan Volkswagen Kuning hingga kemalangan.

Selepas dirawat di hospital, Pak Ayob (Azman Hasan) menyiasat tentang punca kemalangan yang menimpa Fuad dan Sarah serta membuka kembali sejarah hitam yang pernah berlaku di sebuah kampung.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline