Last updated Sunday, September 25, 2016 5:01 pm GMT+8

Thursday September 22, 2016
8:49 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Wan Nawang Wan Mamat melihat kerosakan pada keretanya selepas acuan papan tiang sebuah bangunan hotel 5 tingkat yang dalam pembinaan pecah dan tumpah ke atas kereta itu di Jalan Kampung Cina, pada kira-kira 11 pagi di Kuala Terengganu, 21 September, 2016. — Foto BernamaWan Nawang Wan Mamat melihat kerosakan pada keretanya selepas acuan papan tiang sebuah bangunan hotel 5 tingkat yang dalam pembinaan pecah dan tumpah ke atas kereta itu di Jalan Kampung Cina, pada kira-kira 11 pagi di Kuala Terengganu, 21 September, 2016. — Foto Bernama

KUALA TERENGGANU, 22 Sept  — Seorang warga emas terkejut besar apabila bancuhan simen menimpa ke atasnya dan keretanya di Jalan Kampung Cina di sini semalam.

Wan Nawang Wan Mamat, 62, dari Kampung Seberang Takir berkata kejadian berlaku kira-kira 11 pagi ketika beliau sedang memandu.

Bancuhan simen tersebut dipercayai terjatuh selepas acuan daripada papan untuk tiang sebuah bangunan hotel lima tingkat yang sedang dalam pembinaan pecah.

“Kejadian berlaku sangat pantas. Tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman yang agak kuat dan sedar-sedar badan saya sudah dipenuhi bancuhan simen dan kesemua cermin kereta saya pecah serta retak.

“Mujurlah simen jatuh di bahagian depan cermin, bukan atas bumbung kereta. Kalau jatuh atas bumbung kereta, saya tak dapat bayangkan macam mana jadi keadaan saya,” katanya kepada pemberita.

Beliau cedera ringan manakala cermin tiga buah kenderaan lain yang diparkir di kawasan tersebut turut pecah. — Bernama

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline