Friday August 25, 2017
6:05 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Mahdzir berkata pihaknya sudah membuat laporan polis dan kini menunggu hasil siasatan. — Foto oleh Saw Siow FengMahdzir berkata pihaknya sudah membuat laporan polis dan kini menunggu hasil siasatan. — Foto oleh Saw Siow FengKULIM, 25 Ogos — Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid menyifatkan pihak yang menularkan isu gambar perdana menteri Malaysia keempat Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dimasukkan dalam buku Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sebagai sengaja mahu masyarakat menyalahkan kementeriannya.

Katanya tindakan pihak terbabit juga adalah “satu kerja gila”.

“Walaupun dalam politik Tun Mahathir sudah menjadi pembangkang dan merupakan lawan Barisan Nasional, kenapa perlu secara tiba-tiba untuk meniadakan gambarnya dalam buku tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Padang Serai di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya tidak pernah memberi sebarang arahan agar gambar bekas pemimpin negara itu dikeluarkan daripada buku tersebut.

“Mana mungkin memandangkan kita mempunyai prosedur tertentu termasuk jawatankuasa semakan dan jawatankuasa profesional dalam menapis sebarang isi kandungan yang dijadikan buku teks pelajar sekolah,” katanya.

Mahdzir juga berkata pihaknya sudah membuat laporan polis dan kini menunggu hasil siasatan.

“Apa yang penting sekarang kita akan cari punca di mana perkara ini bermula termasuk di mana ia diterbitkan,” katanya.

Mengulas perkembangan lain, Mahdzir berkata beliau belum menerima sebarang laporan mengenai kes dera membabitkan seorang murid tahun satu di Kapit, Sarawak yang dilaporkan semalam. — Bernama

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline