Last updated Saturday, March 25, 2017 3:49 pm GMT+8

Tuesday March 21, 2017
2:26 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Sebelum ini pernah membintangi filem 'Usop Wilcha: Menghonjang Makhluk Makhluk Muzium' arahan Mamat Khalid.— Foto oleh Choo Choy MaySebelum ini pernah membintangi filem 'Usop Wilcha: Menghonjang Makhluk Makhluk Muzium' arahan Mamat Khalid.— Foto oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR, 21 Mac — Demi menjaga reputasi sebagai duta produk, penyanyi Elizabeth Tan sanggup menolak tawaran berlakon dalam filem Polis Evo 2.

Elizabeth berkata bukannya kerana tidak mahu berlakon tetapi rambut panjangnya terpaksa dikorbankan demi menjayakan watak dalam filem berkenaan.

“Sebelum ini, saya ada mengikuti uji bakat untuk memegang salah satu watak dalam filem Polis Evo 2.

“Saya dapat watak tersebut namun saya terpaksa menolaknya kerana saya dikehendaki memotong rambut pendek seperti lelaki.

“Saya rasa watak itu bukan untuk saya walaupun sebenarnya saya mahu melakonkannya.

“Tidak mengapa, mungkin rezeki di tempat lain,” katanya seperti dilaporkan Kosmo!

Penyanyi Knock Knock sebelum ini pernah membintangi filem Usop Wilcha: Menghonjang Makhluk Makhluk Muzium arahan Mamat Khalid.

Filem yang ditayangkan pada Mac 2015 itu turut menampilkan Ucop Wilcha, Nasir Bilal Khan, Namron dan Hitler Azmi.

Polis Evo, filem kepolisan yang menampilkan Zizan Razak dan Shaheizy Sam merupakan filem pecah panggung yang mendapat kutipan melebihi RM17 juta.

Diarahkan Ghaz Abu Bakar, filem yang ditayangkan pada September 2015 turut menampilkan Nora Danish, Pablo Amirul, Azliyuszaini, Amerul Affendy dan Harun Salim Bachik.   

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline